Orang bunian ialah makhluk halus yang banyak disebut dalam cerita rakyat Malaysia, Brunei dan Indonesia. ‘Mereka’ ini biasanya tidak boleh dilihat oleh manusia, kecuali mereka yang mempunyai kelebihan untuk ‘melihat’ makhluk halus.
Menurut sumber, ada yang mendakwa orang bunian ini merupakan sejenis jin, namun bukan dari jenis yang mengganggu kehidupan manusia sebagaimana jelmaan jin yang lain.
Sebuah perkongsian oleh seorang gadis di TikTok menarik perhatian netizen apabila dia menceritakan pengalamannya diambil oleh orang bunian ketika masih di dalam kandungan ibunya.
https://www.tiktok.com/@dayanaradzuan/video/7098683398738201883?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7080453898682746370
Gadis yang bernama Dayana Radzuan itu menceritakan kejadian tersebut berlaku dalam tahun 1999 ketika dia dan keluarganya sedang beriadah di sebuah air terjun di Perak.
Ibunya yang sedang mengandung itu tiba-tiba terasa sakit di bahagian perut dan keluarga gadis tersebut dengan serta-merta pergi ke hospital berdekatan untuk memeriksa kandungan ibunya itu.
“Bila sampai hospital, dah takde baby nya…”
Doktor di hospital berkenaan memberitahu ibunya yang bayi yang sedang dikandung itu sudah tiada, kerana tiada degupan jantung. Kemudian doktor tersebut meminta ibunya untuk pulang dan datang semula selepas beberapa hari.
Perkara itu tidak pernah berlaku dalam keluarganya sebelum ini, nasib baik ada salah seorang pakciknya yang sedikit arif mengenai makhluk halus ini.
Rupanya, dia yang masih dalam kandungan ibunya itu telah diculik oleh bunian dan menurut pakciknya itu, bunian ini suka dengan ibu yang mengandung kerana mereka berbau wangi.
“Mula-mula ‘dia’ taknak bagi balik”
Mereka sekeluarga mula berikhtiar dengan melakukan solat hajat dan berdoa tetapi masih tidak berjaya, dikatakan orang bunian itu telah menjaganya di dunia ‘sana’ dan tidak mahu memulangkan gadis itu semula.
Ketika ibu gadis tersebut sudah tiba ke hospital untuk menjalani pembedahan membuang janin, doktor itu terpanggil untuk melakukan scan sekali lagi.
“Tiba-tiba jantung baby kuat gila!”
Selepas diimbas, tiba-tiba kandungan ibunya itu mempunyai degupan yang sangat kuat dan doktor mengesahkan ada bayi di dalam kandungannya itu.
Sejak kejadian itu, gadis tersebut dilahirkan dan membesar seperti biasa. Menurutnya, orang bunian itu pada mulanya memang tidak mahu memberikan bayi itu kembali, sehingga kini tidak tahu apa yang membuatkan ‘mereka’ terdetik untuk memulangkan kandungan ibunya itu.
Tiba-tiba seram sejuk pulak rasa…
Baca: “Orang ke tu?” – [VIDEO] Seram! Netizen Tertanya-Tanya Penampakan Lembaga ‘Jengah’ Bayi Ini