in

“Dia banyak mendiamkan diri” – Bekas PA Jelaskan Sikap Cik B Berubah, Lepas Tahu Ibunya Nak Kahwin

Ft Cikb Berubah Sikap

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bekas pembantu peribadi (PA) Datuk Seri Vida (DSV) mengaku bahawa dirinya agak takut melihat sikap Cik B sekarang.


Sebelum ini, DSV menjelaskan bahawa dirinya masih belum memaklumkan kepada Cik B, namun Iqbal meminta agar DSV berterus-terang.

Ini kerana tindakan DSV merahsiakan hubungan mereka itu boleh mengganggu emosi dua anaknya iaitu Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamilleen dan Eric Zaquan atau mesra dengan panggilan kacak.

 

Dari awal saya minta dia jujur cerita dekat keluarga sebab saya dah main peranan dan dia juga kena main peranan sebagai ibu. Takkan saya pula nak cakap dengan Cik B!”

Cikb Berubah Sikap

Kata Iqbal, DSV dari dulu tidak terbuka untuk kongsikan perihal hubungan mereka dengan anak-anak dan itu membuatkan Iqbal sedikit terkilan.

“Saya kasihankan Cik B, saya faham dia dalam dilema kerana perlukan perhatian ibu kerana pernah melalui sejarah semasa kecil yang berbeza dengan remaja lain sebab itulah saya kena fikirkan perasaan dia juga.”

Bagaimanapun, mStar Online melaporkan bahawa hubungan Iqbal dan kedua-dua anak DSV masih baik dan sering tanya khabar walaupun jarang bertemu.

Namun, Iqbal mendedahkan bahawa sikap Cik B baru-baru ini mula lain, Cik B kurang bercakap selepas kes hubungan mereka viral.

Cikb Berubah Sikap 2

“Secara peribadinya saya dengan Cik B memang baik, tiada sebarang masalah sejak dulu lagi, cuma kebelakangan ini saya nampak dia banyak mendiamkan diri.”

“Kalau dahulu timbul gosip tentang saya dengan ibunya, dia akan marah tapi kali ini dia diam sahaja. Bila terlalu diam pun saya takut juga…Saya risau kalau dia bosan atau tawar hati mendengar gosip ini.”

Kata Iqbal lagi, dia ada hubungi Cik B berkenaan hal ini, namun Cik B hanya berdiam diri.

Cikb Berubah Sikap 3

“Sebelum ini saya ada mesej dia tapi dia tak balas. Saya dah bincang dengan DSV…Katanya Cik B perlukan sedikit masa. Sejujurnya ini salah satu perkara yang saya risau, penerimaan anak-anak DSV terhadap saya.”

Dalam pada itu, Iqbal akan kongsi perkembangan lanjut mengenai majlis perkahwinan mereka yang dikatakan berlangsung pada Disember nanti tak lama lagi.

 

Baca : “Pura-pura terkejut & tak tahu” – Netizen Berdekah Tengok Reaksi ‘Innocent’ Cik B Pasal DSV Nak Kahwin

Ft Cik Bagi Respon Dsv Nak Kahwin 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.