in

“Dia akan di dakwa atas kecuaian” – Mangsa Ragut Yang Langgar Suspek Mungkin Dipenjara 10 Tahun Jika Bersalah

Peragut

Dalam perlembagaan undang-undang sudah termaktub menerangkan seseorang yang menyebabkan kematian orang lain biarpun cuba nak mempertahankan diri.

Jadi, berikutan dengan insiden kes ragut yang terjadi di Bandar Puteri, Puchong pada Ahad lepas, mangsa ada kemungkinan besar akan didakwa oleh pihak polis.

 

Memandu dalam keadaan cuai?

Mycrimewatch

Seperti yang kita sedia maklum, mangsa langgar pelaku selepas pelaku berhenti secara tiba-tiba dan pelaku itu tertindih di bawah kereta BMW mangsa.

Twitter2 1

Semua ini berlaku akibat pelaku meragut rantai emas mangsa yang berumur 44 tahun itu. Mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia di hospital.

Susulan itu, pihak polis dikatakan mengenakan tindakan kepada mangsa, lapor Malaysiakini.

Twitter3 768X1024 1

Kata Ketua Polis Daerah Serdang, Ismail Borhan, kes ini sedang disiasat dibawah akta Seksyen 392 Kod Penalti (ragut) dan Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (kerana pemanduan secara bahaya sehingga menyebabkan kematian)

Maknanya disini, kalau pemandu kereta BMW tu didapati bersalah, dia mungkin akan dipenjarakan dua ke 10 tahun. Kesiannya itu berlaku tidak sengaja.

 

Baca : “Malang tak berbau” – Suspek Samun Rantai Emas Maut Lepas Dia Berlanggar Dengan Kereta Mangsa

Ragut