in

“DG nak sangat lockdown tapi apakan daya” – Tan Sri Noor Hisham ‘Like’ Tweet Individu Ini Pasal Lockdown?

Hisham

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dengan kes harian berjumlah empat angka berpangkal 6 yang hampir-hampir menuju ke 7,000 dalam beberapa hari berturut-turut ini sudah semestinya mendatangkan rasa cemas orang ramai.


Susulan dengan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa ketiga ini, ramai yang mula berharap akan PKP penuh (full lockdown) agar memastikan bahawa ia dilaksanakan bagi membendung masalah ini.

Namun begitu, pada 21 Mei 2021 lepas, kerajaan mengumumkan bahawa PKP 3.0 ini diperketatkan lagi, dengan penambahan sekatan lebih ketat ke atas sektor ekonomi dan sosial, lapor Sinar Harian.

 

Aku tahu DG nak sangat lockdown tapi apakan daya”

Dirumuskan bahawa, banyak sektor perniagaan yang sebelum ini boleh beroperasi sehingga jam 10 malam telah disingkatkan kepada 8 malam sahaja. Waktu perniagaan disingkatkan, ia mula berkuatkuasa esok (25/5/2021).

Jika diperhatikan perlaksanaan PKP 3.0 ini tidak seketat mana seperti PKP 1.0 tahun lepas, ramai netizen mengharapkan kaedah lama itu dan difahamkan Pengarah Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah sendiri sokong pendapat tersebut.

Ia apabila netizen dapat mengesan Tan Sri Noor Hisham like kepada salah satu tweet daripada seorang netizen.

Dalam tweet tersebut menyatakan bahawa dirinya kalau nak diikutkan mahukan PKP penuh, tapi tiada kuasa untuk melakukan sedemikian.

190925786 3088222028158251 7547557968167428976 N

Selain daripada ada warganet yang perasan dengan tanda suka itu, ramai yang bersimpati dan memberikan sokongan moral kepada Tan Sri Noor Hisham untuk terus kuat.

Ada juga yang kesiankan beliau kerana sudah bertaruh fizikal dan mental untuk membendung wabak ini.

 

Sanggup berusah payah demi rakyat, rakyat tak patuh SOP – Netizen

Dg Dg4 Dg3 Dg2

Apapun, diharap ia dapat memberikan kesedaran pada diri kita untuk latih diri kita lakukan sendiri macam PKP 1 dulu dan diharap dengan adanya vaksin kes segera dapat turun.

 

Baca : “ICU pun dah penuh”- Merisaukan! DG Hisham Kerap Muat Naik Gambar Terkini ICU, Macam Bagi ‘Hint’

Icu

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.