in

DG Hisham Hargai Sumbangan Yayasan Lee Chong Wei Untuk Naik Taraf Hospital Bukit Mertajam

4Dlcw

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lagenda badminton dunia, Datuk Lee Chong Wei adalah nama yang tidak asing lagi untuk setiap rakyat Malaysia. Sering mengharumkan Malaysia di mata dunia, baktinya kepada negera tidak terhadap dalam bidang sukan sahaja.

Terkini, Datuk Lee Chong Wei telah menyumbangkan bantuan bagi menaik taraf Unit Kecemasan Hospital Bukit Mertajam dalam usaha negara menentang Covid-19.


Perkara itu dimaklumkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah menerusi satu tweet menerusi akaun Twitter @DGHisham. Screenshot 2021 09 19 At 2.52.57 Pm Screenshot 2021 09 19 At 2.53.08 Pm

Sebelum ini, Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang menjadikan Hospital Bukit Mertajam sebagai hospital hybrid Covid-19 susulan peningkatan kes wabak berkenaan yang memerlukan rawatan dan penjagaan di hospital.

Screenshot 2021 09 19 At 3.08.18 Pm

Datuk Lee Chong Wei yang membesar di Berapit, Pulau Pinang itu menyumbangkan sumbangan untuk Hospital Bukit Mertajam menerusi Yayasan Lee Chong Wei. Bekas pemain badminton nombor 1 dunia itu menyumbang untuk menaiktaraf Unit Kecemasan yang akan membantu Hospital Bukit Mertajam membantu membendung pandemik Covid-19.

 

Baca: Taufik Hidayat Dedah Pernah Disogok Untuk Kalah Badminton, Chong Wei Enggan Dedah Siapa Individu Itu

Screenshot 2021 09 19 At 2.52.38 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.