in

“Derma tu aksi murahan, mengarut”

Mengarut

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Prihatin dengan bebanan hutang negara yang keterlaluan, semalam seorang pelajar berusia 12 tahun, Ervin Devadasan telah mendermakan wang simpanannya kepada Tabung Harapan Malaysia. Sejak lapan bulan lepas Ervin mula menabung untuk membeli drum idamannya.


Namun pelajar sekolah rendah itu sanggup melupakan impian dan mendermakan wang simpanan demi menyumbang kepada Malaysia. Tindakan Ervin ternyata menerima pujian ramai kerana begitu peka dengan keadaan semasa dan nekad mahu membantu negara.

35666770 10156324086399034 9090127131832221696 O
sumber: facebook

Pun begitu, gambar Ervin menyerahkan derma kepada Lim Kit Siang yang dimuat naik oleh ahli Parlimen Segambut Hannah Yeoh menerima kritikan anggota Majlis Pimpinan Pusat PRK Latheefa Koya, lapor NST.

Menurut Latheefa, sidang media yang dibuat untuk menguar-uarkan pelajar Tahun Enam itu menyumbangkan derma adalah satu aksi murahan dan mengarut. Dia menegur tindakan tersebut di akaun Twitter miliknya.

Ok 2
sumber: twitter

Selepas memuat naik entri tersebut, tweet Latheefa menerima pelbagai reaksi netizen. Ada yang bersetuju dengan Latheefa kerana menurut mereka derma dari seorang kanak-kanak tidak patut diterima. Apatah lagi apabila duit tersebut sudah berbulan-bulan lamanya disimpan.

Sokong
sumber: twitter

Namun ramai yang juga yang menuduh entri Latheefa hanya untuk cari perhatian sahaja. Ini kerana tiada sesiapa yang memaksa Ervin untuk menderma. Jadi sumbangan ikhlas yang diberikan pelajar Tahun Enam itu tidak wajar dipolitikkan oleh mana-mana pihak sekalipun.

Bantah
sumber: twitter

Itu cara Ervin nak tunjukkan tanda sayang dia pada negara. Tak perlulah nak politikkan semua benda. Seeloknya kita sama-sama pandang perkara ni dari sudut yang lebih positif. Apa pendapat korang?

Baca: Klinik Gigi Di JB Derma RM1 Juta Untuk Tabung Harapan!

Jijjii

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.