in

“Dengar voice over pun dah terhibur” – [VIDEO] Sampai ‘Gaduh’ Dengan Spatula, Netizen Terhibur Tengok ‘Cooking Show’ Anzalna

Ft Anzalna Masak Baby Kailan Netizen Terhibur

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setiap selebriti ada perkongsian yang berbeza di media sosial masing-masing ketika waktu pandemik ni. Ada yang kongsi tips isi masa lapang waktu duduk rumah, ada yang kongsi pasal deco dan boleh dikatakan agak ramai yang suka berkongsi tentang masakan.


Tidak ketinggalan, Anzalna Nasir baru-baru ini ada muat naik video di Instagram menunjukkan dia memasak sayur baby kailan. Video yang disunting menggunakan voice over itu mendapat perhatian ramai pengikutnya yang terhibur mendengar keletah dan gelagat spontan Anzalna menerusi video tersebut.

Masak2

 

Spontan dan kelakar!

Menerusi video pendek itu, Anzalna membuat tutorial ringkas memasak baby kailan. Namun, bukan resipi atau cara masakannya yang mendapat perhatian namun menurut netizen voice over suara Anzalna itu menghiburkan.

Antara ‘skrip’ yang buat netizen terhibur adalah ketika Anzalna berkata percikan minyak terkena kulit memang pedih selain berseloroh dia perlu mengambil air sendiri kerana tidak mempunyai pembantu rumah. Satu lagi yang buat netizen terhibur adalah ketika dia ‘bergaduh’ dengan senduk (spatula) kerana susah mahu mencedok kuah sos tiram tersebut.

Nampak tak percikan tu, kena kulit sakitttt, pedihhhh!”

Agak kekeringan di situ ye. Rasanya kena masukkan sedikit air. Air please! Airrrr! Oh kena amik sendiri.”

 

“Lawak lah, masak lagi please”

Ramai netizen akui terhibur lepas tonton video memasak Anzalna walaupun menurut mereka ia hanyalah juadah yang sangat simple. Malah ramai yang turut request supaya Anzalna buat video memasak dengan voice over macam tu lagi lepas ni selain ada yang mencadangkan dia create akaun Youtube untuk cooking show sendiri.

Komen Anzalna Masak1

Komen Anzalna Masak

Setakat ini, video tersebut telah mendapat lebih 343,000 tontonan di Instagram dan rata-ratanya memang berasa geli hati dan tertawa menonton video pendek berdurasi 2 minit itu.

Admin faham part percikan terkena kulit tu. Memang pedih! Haha

Baca: “My respect to Fazura” – Netizen Terkejut Harga Terlalu Murah, Fazura Kata Ini Sebab Kenapa Jual Tudung Bawah RM30

Ft Fazura Jawab Kenapa Jual Tudung Murah

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.