in

‘Denda 500 ribu hingga 1 juta’ – Kilang Punca Pencemaran Air Bakal Dirobohkan!

Gambar Hiasan 15

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, kecoh tentang sebuah kilang yang tidak beretika apabila menyebabkan pencemaran air di Sungai Gong, Rawang. Perkara ini sangat serius kerana ia menjadi punca utama bekalan air terputus dan menjejaskan lebih 1.2 juta pengguna di Lembah Klang.


Menurut Bernama, gara-gara insiden itu, kilang terbabit akan dirobohkan selain pengusaha diarahkan untuk memulihkan tanah di situ. Perkara ini dijelaskan oleh Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari apabila beliau berkata arahan itu terkandung dalam Notis Pelanggaran Syarat (7A) yang akan dikeluarkan oleh Pejabat Daerah dan Tanah Gombak kepada pengusaha kilang terbabit hari ini.

Pemilik tanah terbabit mengusahakan bengkel membaiki jentera berat. Kita arahkan pemilik untuk pulihkan tanah, roboh bangunan dan henti operasi.”

 

Amirudin Shari 01012020

Menurut beliau lagi, kawasan itu bakal ditutup selama tiga hingga empat bulan untuk pastikan tempat berkenaan selamat. Beliau turut mendedahkan bahawa kilang berkenaan telah diberi notis henti operasi pada Mac lepas namun ‘owner’ berdegil dan kembali memulakan operasi pada Jun lalu.

Bagi memastikan insiden sedemikian tidak berulang, Amirudin berkata kerajaan negeri akan meminda Enakmen Lembaga Urus Air Selangor 1999 bagi menaikkan denda maksimum daripada RM500,000 kepada RM1 juta terhadap mana-mana individu atau premis yang terbukti menyebabkan pencemaran sumber air di Selangor.

“Kita akan bentangkan pindaan ini pada persidangan dewan undangan negeri akan datang. Pada masa sama kita harap Kementerian Alam Sekitar dan Air dapat meminda akta berkaitan,”

Beliau turut menasihati pengguna yang kini telah menerima bekalan, agar tidak terburu-buru menadah dan menyimpan air yang boleh menyebabkan tekanan air rendah, sekali gus mengganggu proses pemulihan bekalan air.

 

Baca: Sebab kilang ni, 1.2 juta penduduk merana – Empat Beradik Pemilik Kilang Kotorkan Sungai Ditahan

Capture 15

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.