in

“Demi anak syurga kami….” – Bapa Cekal Jaga 3 Anak Istimewa Selepas Kematian Isteri

Bapa1Blurfi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kasih ibu membawa ke syurga, kasih bapa kekal selamanya. Ibu pula bukan sahaja menaburkan kasih kepada anak-anak malah menjadi kekuatan bagi suami dalam kehidupan berkeluarga. Namun, kisah bapa ini menyayat hati kerana telah kehilangan tempat mengadu nasib selepas kematian isterinya.


Menurut Harian Metro, Mohd Zain Abdullah, 54, kini keseorangan dalam menguruskan tiga orang anak istimewanya selepas isteri, Nooraini, 48, tewas dengan penyakit kanser payudara yang telah dihidapinya sejak hampir dua tahun yang lalu. Takziah…

Khairul Nisaa’, 23, Muhammad Amir, 16, dan Ain Husna, 15, merupakan anak syurganya dengan isteri yang menghidap penyakit Cerebral Palsy (CP). Kata Zain, dia dan arwah telah dikurniakan lima orang anak OKU yang kesemuanya menghidap penyakit yang sama. Namun, dua daripadanya telah meninggal pada usia enam dan tujuh tahun pada 1991 serta 2013.

Bapa1Blur
sumber: harian metro

Pemergian Nooraini amat membimbangkan Zain kerana takut anak-anak istimewanya sukar menerima hakikat pemergian ibu mereka kerana ketiga-tiga anak itu sangat rapat dengan arwah terutamanya Ain Husna.

Semalam pun dia asyik merengek mungkin menyedari ibunya sudah tiada.”

Bapa2
sumber: sinar harian

Zain memberitahu bahawa arwah isterinya telah merahsiakan penyakitnya daripada keluarga sehingga menjalani pembedahan membuang ketumbuhan pada November lalu. Kemudian, selepas pembedahan, arwah memberitahunya bahawa dia sudah sihat sepenuhnya.

Arwah minta saya tidak bimbangkan kesihatannya, sebaliknya fokus kerja sebagai tukang rumah bagi menyara keluarga.”

Walau bagaimanapun, keadaannya menjadi semakin serius sebelum dimasukkan ke hospital dua minggu lalu dan kelmarin, Nooraini telah menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Tumpat.

Bapa3Blur
sumber: sinar harian
Bapa4Blur
sumber: sinar harian

Tambahnya lagi, dia redha dengan ketentuan Ilahi itu walaupun telah hilang punca kerana sebelum ini arwah yang akan uruskan makan pakai anak sementara dia menyediakan keperluan untuk keselesaan mereka supaya dapat membesar seperti orang lain.

Tambahnya lagi, dia bernasib baik kerana anak kedua mereka, Ummi Syamirah, 25, dapat  membantunya sehingga terpaksa berhenti kerja sebagai pembantu jualan di kedai kain di Kota Bharu. Walaupun payah, Zain tetap akan menggalas tanggungjawab menjaga amanah Allah dan arwah isterinya.

Saya akan pikul tanggungjawab ini sebaik mungkin demi anak syurga kami.”

Berat mata memandang, berat lagi mata memikul. Semoga keluarga ini diberi kekuatan dalam menghadapi dugaan hidup.

Baca: Demi Anak… Sebak Baca Kisah Mengapa Pasangan Ini Buat Persembahan Makan Rumput

Rumput

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.