Tidak dapat dinafikan, zaman kini ramai yang menghadapi kesusahan dari segi kewangan. Ramai juga yang terkesan dengan pandemik yang kini masih berleluasa. Tidak kurang juga yang kehilangan kerja dan mata pencarian.
Baru-baru ini, sebuah perkongsian di Facebook mendapat perhatian netizen apabila dia berkongsi perbelanjaan bulanannya yang agak cukup makan.
Demi anak sanggup berkorban
Menerusi perkongsian itu, wanita itu merupakan seorang suri rumah dan pendapatan keluarganya hanyalah daripada suaminya.
Dia mempunyai empat orang anak dan hampir kesemua perbelanjaan itu untuk anak-anaknya yang masih bersekolah, ia juga termasuk yuran sekolah, perbelanjaan harian dan juga simpanan masa depan untuk anak-anak.
Walaupun gaji suaminya RM 6,000, perbelanjaan bulanan keluarga itu sekadar mencukupi. Wanita itu juga menyatakan betapa struggle hidup zaman kini.
Lebih menyedihkan lagi, ramai juga netizen lain yang berkongsi kesusahan yang hampir sama terutama lagi yang baru sahaja memulakan hidup sebagai sebuah keluarga.
Setakat ini, perkongsian tersebut telah mendapat 500 share dan lebih 400 komen, rata-ratanya semua memberikan tips dan juga kata-kata semangat kepada wanita tersebut.
Perbelanjaan dan kepayahan ekonomi zaman ini bukan sahaja berat untuk ramai orang tetapi ia juga menunjukkan kesusahan untuk memulakan hidup dan ternyata pengetahuan dalam menguruskan perbelanjaan peribadi dan keluarga amat penting.
Sentiasa positif ok semua?