in

“Dei kalau ini pun tak boleh beza, tak payah acah woke lah” – Lelaki Tuduh MAS Promosi Daging Babi, Rupanya..

babii

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kita semua tahu haiwan atau makanan berunsurkan babi ini adalah haram bagi umat Islam dan isu ini amat sensitif lagi-lagi jika disebut di media sosial.

Pun begitu, seorang netizen baru-baru ni meluahkan rasa kesalnya apabila majalah Going Places dari MAS telah mempromosikan makanan berunsur daging babi di atas flight mereka, lapor Sinar Harian.


e01e
Sumber: Blog

 

“Banyak lagi produk makanan Malaysia, kenapa daging babi?”

Isu ini jelas-jelas mendapat perhatian ramai terutamanya pihak NGO seperti Persatuan Tunas Usahawan Terengganu (PATUT) iaitu presidennya, Mohd Ridzuan Shaari yang berharap perkara seperti ini tak patut berulang sama sekali.

“Kejadian yang disifatkan sangat memalukan itu tidak patut berulang terutamanya ketika Malaysia menjadi rujukan kebanyakan dunia khususnya negara-negara Islam dalam soal pembangunan produk makanan halal. 

“Banyak lagi produk makanan Malaysia yang boleh diuar-uarkan kepada pelancong luar, kenapa daging babi?” katanya dalam satu kenyataan.

68e0
Sumber: Blog

 

MAS mohon maaf, rupanya itu bukan gambar daging babi tapi…  

Disebabkan isu tersebut, pihak MAS akhirnya mengeluarkan kenyataan di Twitter dan menjelaskan hal sebenar berkaitan makanan di dalam majalah Going Places tersebut. Menurut pihak MAS, daging di dalam gambar tersebut bukanlah daging babi tapi rupanya daging wagyu. Oh ye ke…

 

Memang bukan daging babi TETAPI kapsyen gambar sebenarnya yang timbul kekeliruan  

Walau bagaimanapun, isu ini sebenarnya ada plot twist yang akan buat korang terkejut beruk. Meskipun gambar di dalam majalah tu bukan daging babi, tetapi admin percaya perkara yang buat netizen tersebut keliru ialah kapsyen di bawah gambar tersebut sebenarnya. 

Seperti yang korang lihat di bawah, kapsyen gambar itu menerangkan tentang sebuah bar yang memang specialize dalam menyediakan hidangan yang dinamakan iberico pork (daging babi iberico). Ops! 

adfd
Sumber: Blog

 

“Tak payah acah-acah woke lah Malaysia Baru!”

Sungguhpun kita dah ketahui plot twist di sebalik kisah ni, ramai sebenarnya di kalangan netizen yang tak bersetuju tindakan lelaki sebelum ini yang meminta MAS memohon maaf disebabkan isu majalah Going Places tersebut.

Menurut netizen, sepatutnya lelaki terbabit tidak perlu takut atau terlalu sensitif dengan unsur seperti babi atau salib yang terpampang di media.

beef
Sumber: Twitter 

Betul ke orang Melayu ni cepat triggered? Apa pendapat korang? 

Baca: ‘Hangin’ Satu Badan Dilabel Bodoh, Peminat Tegar Kpop Ini Sanggup Tayang Result Cemerlang PMR & SPM

peminatkpop 758x399 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.