Satu video rakaman kamera litar tertutup CCTV tular di TikTok memaparkan seorang individu bertindak mencuri beg seorang wanita yang dipercayai sedang bekerja di sebuah kedai.
Dalam perkongsian @jeontaey4a_ itu, dapat dilihat pencuri itu mencuri beg yang diletakkan di atas kerusi tersebut dengan begitu pantas, dia juga berlari dengan laju selepas menarik beg tersebut.
Artikel berkaitan: “Eloklah bagi hukuman berat” – Netizen Luah Rasa Marah Kepada Pencuri Kabel, Punca Servis MRT Putrajaya Tergendala
Aritkel berkaitan: Lelaki Nekad Curi Emas Dan Wang Tunai Saudara Untuk Belanja Majlis Perkahwinan
“Ujian untuk saya harini, berlaku kes kecurian di tempat kerja saya, saya baru balik solat maghrib, letak beg sekejap kat belakang sebab nak betulkan gelang.
Bila tengok cctv balik, lelaki ni rupanya dah round 2 kali utk tengok line clear ke tak. Alhamdulillah Allah tu ada, Allah tolong saya, handphone saya terjatuh masa pencuri tu kelam kabut nak lari.
Saya cuba kejar dia, tapi hilang tak nampak bayang. Saya patah balik ke kedai dalam keadaan menggigil, dan saya nampak hp saya yg jatuh kat tepi kedai,” tulisnya di kapsyen.
Pun begitu, wanita itu berkongsi dia tidak kehilangan barangan berharga melainkan sepersalinan telekungnya yang diletakkan dalam beg tersebut.
Menjengah ke ruangan komen, ada individu mendakwa pencuri itu sudah banyak kali melakukan jenayah seperti itu.

Dalam kapsyen tersebut, difahamkan kejadian tersebut berlaku di Lotus, Seri Alam, Johor.
Sumber: TikTok
