Mufti Menk atau nama sebenarnya Ismail bin Musa Menk merupakan seorang pendakwah yang sangat terkenal, beliau yang berasal dari Zimbabwe itu aktif di media sosial dan kini beliau sedang berada di Malaysia bagi beberapa acara.
Seorang pengguna TikTok @attyusof mengejutkan ramai apabila dia berkongsi pendakwah terkenal itu berkunjung ke rumahnya.
@attyusof @Mufti Menk blessed us with his presence yesterday. I know my mama wants to meet him again so this meet up took me one month to set. The moment i know he’s coming to Malaysia, i texted him to invite him over. Thankful that i could fulfill my mother’s wish. Backstory: met him back in 2019, he gave me his number so i can update him abt mama.
“Mufti Menk merestui kami dengan kehadiran beliau semalam. Saya tahu mama saya mahu berjumpa dengannya sekali lagi jadi pertemuan ini mengambil masa satu bulan untuk dirancang.
Apabila saya tahu dia akan datang ke Malaysia, saya menghantar mesej kepadanya untuk menjemputnya datang. Bersyukur kerana dapat memenuhi hajat ibu,” tulisnya di kapsyen.
Pendakwah itu dilihat datang berseorangan kemudian menyapa kesemua kanak-kanak yang berada di situ. Beliau turut sempat memberi tazkirah pendek buat keluarga yang bertuah itu.
“Rezeki your mom”
Dalam ruangan komen video tersebut, ramai yang bertanya bagaimana wanita tersebut dapat menjemput Mufti Menk ke rumahnya.
Dalam video yang lain, wanita tersebut menceritakan bagaimana dia pernah bertemu dengan Mufti Menk sebelum ini pada tahun 2019 dan mereka bertukar nombor telefon kerana pendakwah itu ingin mengetahui kondisi kesihatan ibunya.
@attyusof Replying to @Abang Pablo deleted previous video bcs some of the comments are hurtful. You asked for a story time but judge on how i tell it. Can never do right on this platform.
Dalam video itu, wanita berkenaan juga memberitahu ibunya merupakan pesakit kanser dan sudah bertarung selama 10 tahun.
Bertuahnya!
Baca: “Thank You Malaysia Airlines” – Pendakwah Terkenal AS Puji MAS Kerana Sediakan Tempat Solat