Baru-baru ini, ramai peminat bola sepak di Malaysia teruja apabila ada yang berpeluang berjumpa dengan David Beckham ketika bekas pemain bola sepak itu datang ke Malaysia bersempena dengan pameran ‘The World of the Predator’ yang memaparkan sejarah 30 tahun kasut bola sepak Adidas.
Namun, nampaknya lima orang kanak-kanak Korea Selatan ini lebih bertuah kerana David Beckham telah datang bertemu dengan mereka dalam sebuah rancangan YouTube di saluran odg.
comel gila ????? pic.twitter.com/8YzHKUr3IG
— akak botak tauke gym (@asoshiation) February 21, 2024
Artikel Berkaitan: Bukan Senang Nak Jumpa, Rezeki Pak Guard Dapat Autograph David Beckham
Artikel Berkaitan: Seriouslah ‘Player’ Thai Lagi Kaya Dari Ronaldo? Ini 9 Pemain Bola Sepak Terkaya Di Dunia
Dalam video YouTube yang berdurasi selama 12 minit itu, pada mulanya kanak-kanak itu harus meneka pemain bola sepak yang berada di depan mereka berdasarkan bayang badannya sahaja sebab pada awalnya, wajah pemain itu tidak didedahkan lagi.
Pada mulanya, mereka meneka bahawa itu adalah pemain bola sepak Korea, Son Heung-min namun salah seorang daripada mereka menyangkal tekaan tersebut kerana pada ketika itu, Son sedang berada di Qatar untuk perlawanan piala Asia.
Seorang daripada lima kanak-kanak itu kemudiannya meneka bahawa individu itu adalah Beckham berdasarkan bayang-bayang rambut.
David Beckham dari balik layar kemudiannya memberi petunjuk tentang siapa dirinya kepada mereka.
Yang hebatnya, salah seorang daripada kanak-kanak tersebut nampaknya memang meminati David Beckham kerana boleh dikatakan dia mengetahui segala fakta menarik tentang pemain bola sepak itu.
Tak lama kemudian, Beckham akhirnya keluar dari untuk memperkenalkan dirinya dan ada antara kanak-kanak itu yang speechless apabila melihat wajah bekas pemain itu di hadapan matanya.
Kalau korang nak tengok lebih lanjut tentang interaksi antara lima orang kanak-kanak itu dengan David Beckham, boleh tengok di video YouTube odg sampai habis.
Dorang siap dapat baju yang ada sign Beckham lagi tau!
Sumber: YouTube odg