Bertemu dan bersalaman dengan pemimpin negara mungkin menjadi impian sebahagian individu. Selepas bertemu dengan pemimpin negara, perasaan teruja tu pastinya ada.
Itulah yang berlaku kepada seorang lelaki dari Sabah yang dapat bersalaman dengan Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Sebagai Perdana Menteri Ke-10, gelaran PMX itu sudah cukup sinonim, dan begitulah juga yang menjadi sebutan lelaki ini.
Korang boleh tengok dia berjaya salam PMX ke tak dalam video @fendicermin dibawah ni.
@fendicermin Wah! Alhamdulilah dapat Solat Jumaat bersama Malaysia PMX @anwaribrahimofficial , berjumpa dan bersalaman dekat Masjid Wilayah Persekutuan @masjidwilayahpers . TQ PMX #pmx #malaysia #anwaribrahim #perdanamenterimalaysia #emadani #malaysiamadani
Artikel berkaitan: PMX Terima Surat Daripada Murid Perempuan, Minta Tambah Baik Tandas Sekolah
Artikel berkaitan: PMX Sampaikan Khutbah Jumaat Di New York, Sempat Pimpin Pengislaman Saudara Baru
Dapat juga salam
Bukan semua orang dapat bertemu PMX apatah lagi berpeluang bersalaman dengan beliau. Memang beruntung lah lelaki ini dapat salam dengan pemimpin tertinggi negara.
Sebenarnyakan, kata-kata itu adalah doa. Tengok macam mana dia meratib nak salam dengan PMX, dan akhirnya berjaya juga salam dengan PMX.
Itulah, nasib baik dapat salam. Min dah risau takut-takut PMX tak perasan tangan dia dan tak salam. Tapi nasib baik dapat juga kan.
Min pun tumpang happy tengok lelaki ni dapat salam dengan PMX. Berbaloi betul penantian dan datang dari jauh. Agaknya min kalau jumpa PMX pun akan berebut juga nak salam dengan beliau.