in

“Dalam van takpe, kedai je tak boleh”- [VIRAL] Foto Staf Kesihatan Merokok Dalam Van Klinik

Featured 22

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sehari dua ni viral gambar staf kesihatan yang sedang memandu van Klinik Kesihatan Rasa, Hulu Selangor sambil ditangannya memegang sepuntung rokok.


Yang menjadi perbualan hangat netizen ialah ketika ini kan sedang ‘panas’ penguatkuasaan larangan merokok di kedai-kedai makan sehingga sudah ramai yang menerima notis dan perlu membayar denda atas kesalahan dilakukan mereka itu.

So ramailah yang mempersoalkan tindakan staf tersebut memandangkan dia merupakan salah seorang kakitangan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Korang tengok sendiri gambar kat bawah ni

Kalau takut dilamun ombak , jangan merokok di tepi pantai. Tapi merokok la dalam ambulance????✅

Posted by Brotherhood Rawang on Wednesday, January 8, 2020

Namun yang kelakarnya, dah lepas masing-masing melemparkan kemarahan tu, ramai yang tak menyedari gambar tersebut diambil pada tahun lepas, maka ramailah golongan netizen yang ‘mengejek’ individu yang sesuka hati marah tanpa usul periksa.

Korang tengok tarikh gambar ni

81971983 2997553343609151 6223666585547046912 O
Sumber: facebook

Tapi sebenarnya apa yang menjadi permasalahan bukanlah tarikh tersebut sebaliknya netizen tertanya-tanya adakah boleh merokok di dalam ambulance, yang umum mengetahui sebagai kenderaan membawa pesakit.

1 11
Sumber : facebook

 

Korang rasa?

Baca : “Erti sebenar seorang hero”  Kerana Sibuk Selamatkan Nyawa 30 Pelajar Dari Gas Beracun, Pemandu Ambulans Kini Terlantar di ICU

Icu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.