Walaupun tahun ini beberapa negeri dilanda banjir teruk, ada sesuatu yang boleh mengubati hati penduduk setempat terutamanya di kawasan Tumpat, Kelantan.
Kalau korang tak tahu, setiap kali musim tengkujuh, fenomena ‘pesta Patin’ akan berlaku dan ia merupakan satu perkara yang memang dinanti-nantikan penduduk tempatan yang ingin memancing ikan Patin.
Difahamkan, pintu air yang dibuka ketika banjir bukan sahaja membawa arus deras, tapi juga ikan patin liar.
Malah, mereka yang menangkap ikan di kawasan ini juga menggunakan teknik tangkap ikan tanpa umpan atau lebih dikenali sebagai ‘sembat’.
Kebanyakan kaki pancing yang turun ke kawasan ni bukan berniat untuk menangkap ikan semata-mata, tapi juga untuk merasai suasana meriah setiap kali banjir surut.
Artikel berkaitan: Selepas Terpalit Isu Tak Bayar KWSP, Shuib Kini Bukan Restoran Ikan Patin
Artikel berkaitan: “Hanyut dr mana tu?” – Ikan Patin Antara Ditemui Pasca Banjir Kilat Di Kuala Lumpur
Dalam ruangan komen di media sosial, ramai meluahkan rasa syukur walaupun diuji dengan musibah.
“Dalam duka Tuhan bagi juga kegembiraan,” kata Faris.
“Dalam musibah ada kebaikan. Allah itu Maha Adil, Maha Kaya, Maha Penyayang juga Pengasih. Diturunkan yang buruk, pasti juga diturunkan yang elok,” komen Zamri.
Tapi biasalah, sudah pasti ada juga yang mengingatkan supaya sentiasa berhati-hati. Lagipun, banjir baru sahaja surut.
“Pesta-pesta juga. Keselamatan kena jaga juga… malang tak berbau,” pesan seorang pengguna.
Dalam pada itu, ramai juga yang tak lepaskan peluang berkongsi gambar tangkapan ikan patin masing-masing. Meriah betul!
Dalam setiap cabaran, Tuhan pasti berikan sesuatu yang boleh jadi sumber kekuatan. Pesta ikan patin ni sekurang-kurangnya boleh buatkan penduduk Tumpat tersenyum semula.