in

“Dalam dok kena covid sempat lagi mencuri” – Dua Pesakit COVID 19 Ditahan Polis, Curi Telefon Bimbit di MAEPS Serdang

Curo Covid

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kekecohan dikatakan tercetus di Hospital Bersepadu Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang semalam lepas dua pesakit COVID 19 ditahan polis kerana mencuri telefon bimbit.


Menurut Harian Metro, Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, pada jam 10.30 malam, seorang pegawai perubatan wanita berusia 34 tahun yang bertugas menyedari berlaku kekecohan dalam kalangan pesakit yang sedang mendapatkan rawatan di Dewan C. 

https://twitter.com/redzuanNewsMPB/status/1359733737404080128

Pegawai tersebut kemudian mengaktifkan kod jingga dan meminta bantuan daripada polis bertugas untuk meredakan keadaan.

Dia kemudian menjalankan temubual dalam kalangan pesakit dan mendapati berlaku kecurian beberapa telefon bimbit dalam kalangan pesakit.

“Dua lelaki terbabit berusia 24 tahun dan 40-an yang disyaki mencuri telefon bimbit itu ditahan pesakit lain sehingga berlaku kekecohan,” katanya.

Insiden itu juga sempat dirakam oleh pengguna TikTok @AyieKefli yang mengatakan pencuri tersebut akhirnya berjaya ditahan polis.

https://www.tiktok.com/@ayiekefli/video/6927664458697395458?_d=secCgYIASAHKAESMgowMkNAamwS3pIyajPNQKVlTQ4AtRjxoZ9jh6al6vNQmG%2FJWF5MiXwj%2Bf713LvDRn14GgA%3D&language=en&mid=6586947002464996102&preview_pb=0&region=MY&sec_user_id=MS4wLjABAAAAoyoR-rrYKr-_cTmKwW2AizJ3FQgbc2J7zSTWXVsVyRaiXOEnuRy0ePPjFIA8DbJ4&share_item_id=6927651817388084482&share_link_id=2C3DA653-7B38-4462-AC22-F9848EBBB339&timestamp=1613020640&tt_from=copy&u_code=db8b9je91ff796&user_id=6801629490906334209&utm_campaign=client_share&utm_medium=ios&utm_source=copy&source=h5_t&is_copy_url=1&is_from_webapp=v2&lang=en

Dalam pada itu, kedua-dua suspek yang terlibat dalam kecurian berkenaan telah dipindahkan ke Dewan DG bagi tujuan keselamatan dan empat telefon bimbit yang dicuri turut dirampas.

Polis juga sudah ambil maklum mengenai dua orang suspek terbabit dan mereka akan membuat tangkapan sebaik suspek sembuh daripada COVID 19. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Lahai… tengah sakit COVID 19 pun sempat mencuri ye… 

Baca: “Ramainya, mcm nak daftar asrama” – [VIDEO] Viral Tunjuk Ramai Beratur di Dewan MAEPS, Netizen Harap KKM Bagi Penjelasan

Maeps

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.