in

Dakwaan Asri Janggut Mengenai ‘Polis Tak Solat’ Keterlaluan! – KPN

D1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ibarat kata pepatah, sudah jatuh ditimpa tangga. Itulah senario yang dihadapi oleh Asri Janggut sepanjang minggu ini selepas tular video berkaitan pendedahan beliau berkenaan jenayah judi haram di Sungai Buloh.

Tidak cukup dengan laporan polis yang dilakukan ke atasnya kerana dipercayai cuba merosakkan imej polis, kini Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador pula menyifatkan dakwaan Asri Janggut yang menganggap pihak polis tidak menunaikan solat sebagai keterlaluan.


D

“Ini (solat) soal kita dengan Tuhan dan PDRM tidak pernah ketepikan … didikan moral dan agama sentiasa disemarakkan dalam pasukan”

Beliau berkata setiap calon pegawai polis baharu akan menjalani ujian agama. Polis Di Raja Malaysia (PDRM) juga berpegang teguh dengan prinsip Rukun Negara pertama iaitu Kepercayaian Kepada Tuhan dan tidak akan mengabaikan tanggungjawab dalam beribadah. Lapor Harian Metro.

Dua Kertas Siasatan Dibuka

Susulan tuduhan berat tersebut, dua kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 505 (c) Kanun Keseksaan kerana kenyataan yang mendatangkan khianat awam dan Seksyen 233 Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).

Menurut Berita Harian, Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid akan memanggil Asri Janggut ke Bukit Aman dalam minggu ini bagi memberi keterangan.

Dalam video yang tular di Facebook sebelum ini, Asri Janggut dengan beraninya mengatakan beberapa pegawai polis tidak menunaikan solat…

“Hisap rokok tak jaga sembahyang. Cuba tanya anggota polis Subuh sembahyang tak? Bila last (kali terakhir) bawa isteri sembahyang subuh?”

Walau bagaimananpun, Asri Janggut telah mengemukan permohonan maaf atas ketelanjuran kata dan mengakui kesilapan yang dilakukannya.

D2

 

‘Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya’. Lepas ni kalau nak cakap apa-apa kena fikir masak-masak. Tengok dulu keadaan sekeliling. Apa-apa pun semoga kes ini dapat diselesaikan dengan cepat.

 

Baca: “Goodjob SPRM” – Jumpa RM6,000 Dalam Ofis, Ketua Balai & Pegawai Polis Ditahan SPRM

Feat

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.