Semalam, seorang jurujual wanita yang bekerja di sebuah pasar raya ditemui mati dengan kesan kelar pada leher di rumahnya di Taman Kelisa Ria, Amanjaya, Sungai Petani.
Mayat mangsa, Kuek Choo Hong ini ditemui oleh anak saudaranya dalam keadaan terlentang dan berlumuran darah serta mukanya ditekup dengan bantal.
Menurut Harian Metro, siasatan awal menunjukkan yang wanita ini tinggal bersama suaminya dan mayatnya ini ditemui selepas kakak wanita ini tak dapat hubungi mangsa dan suaminya sebelum pergi ke rumah untuk memeriksa keadaan mereka.
Sejurus tiba, anak beranak ini cuba untuk memanggil mangsa namun tiada sahutan manakala pintu mereka pula dikunci dari luar tapi penghawa dingin dibuka.
Selepas anak saudara mangsa memecahkan mangga, dia masuk ke dalam dan menemui makciknya dah pun tak bernyawa di dalam salah sebuah bilik.
Kalau korang nak tahu, masa mayat mangsa ni ditemui, polis anggarkan yang dia dah pun meninggal dunia dalam tempoh 48 jam.
Menurut jiran mereka pula, kali terakhir dorang nampak suami wanita ini adalah pada malam 8 Ogos lalu bila dia keluar menaiki Proton Iswara. Jiran ini juga mendakwa pasangan ini sering bergaduh.
Pihak polis cuba untuk mengesan suami wanita ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Mayat suami ditemui tergantung di papan iklan
Malangnya, sehari selepas mayat wanita ini ditemui, pagi tadi mayat suaminya pula ditemui tergantung di papan iklan di Jalan Lencongan Timur dekat Bukit Bintang, Kedah.
Mayat lelaki ini ditemui oleh orang awam ketika melalui kawasan itu pada 7.40 pagi tadi.
Menurut Harian Metro, ahli keluarga yang hadir ke tempat kejadian itu telah melakukan pengecaman mayat.
Dalam sidang media, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, siasatan awal mendapati lelaki terbabit adalah suspek yang dicari berkaitan kes pembunuhan isterinya semalam.
Pembedahan yang dilakukan ke atas mayat lelaki ini mendapati lelaki ini mati mengejut dan keretanya ditemui kira-kira 50 meter dari papan iklan tersebut.
Walaupun suami ini merupakan suspek utama pembunuhan isterinya, pihak polis mengatakan dorang tetap akan meneruskan siasatan berkaitan pembunuhan wanita tersebut.
Pihak polis percaya, pembunuhan ini dilakukan oleh orang dikenali kerana rumah tersebut tak ada tanda pecah masuk manakala di dalam mesin basuh pula, pihak polis menemui sehelai seluar jeans lembab dipercayai sudah dibasuh.
Baca: Pensyarah UIA Maut Dijerut Suami Dengan Tudung Sebab Nak Proceed Cerai Lepas Suami Lafaz Talak