in

“Dah terlambat baru nak ngaku” – Pesakit Tak Jujur Bila Ditanya Hingga Sebabkan Pesakit Wad Biasa Terjangkit Masuk ICU

Collage 67

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Salah satu benda terpenting untuk hentikan penularan wabak Covid-19 ni adalah kejujuran. Kalau kita tak jujur, kita boleh sebabkan orang lain terjangkit sekali dan bilangan kes pun jadi bertambah.


Hari ini, seorang doktor, Ahmad Samhan telah menceritakan di Facebook pengalaman rakannya semasa merawat seorang pesakit lelaki yang tak jujur bila ditanya. Jom baca luahan doktor ini…

“Saya tengok hasil Xray dada encik teruk. Betul ke encik tak ada kontak rapat dengan jemaah tabligh atau pesakit positif covid-19?”

Entah dah kali ke berapa agaknya dia ditanya soalan yang sama.

“Betul doktor, berapa kali saya nak jawab. Ta ya alif dal alif. Tiada. Susah sangat ke doktor nak faham jawapan saya?”

Aik? Kita pula yang dipersoal.

“Beginilah encik, saya perlu bincang dengan pakar saya”

Kali ini pakar pula yang tanya,
”Saya mahu encik jujur, betul encik tak ada kontak rapat?”

Rasanya dah lebih 3 kali pakar kecemasan tanya soalan sama. Jawapannya tetap sama.

TIADA.

Akhirnya pakar akur. Beliau dimasukkan di wad biasa untuk jangkitan pneumonia (jangkitan paru-paru).

91058343 10216577673616013 2704887200914341888 O

“Ini Doktor S ke?”

“Ya saya.”

“Doktor kena buat covid test dengan segera. Pesakit yang doktor admit 2 hari lepas, positif covid 19.”

Terduduk. Tercengang. Kelu.

Akhirnya barulah beliau mengaku pernah ada kontak rapat dengan jemaah tabligh di satu majlis perkahwinan.

Yang lagi menyedihkan, ketika dalam wad biasa beliau telah menyebabkan pesakit disebelah dijangkiti. Lebih teruk bila pesakit yang dijangkiti itu perlu diintubasi dan masuk ke ICU.

Lebih 10 orang doktor, misi dan staff kesihatan lain turut terdedah dan perlu menjalani test.

Dah terlambat.

Doktor ini mengakhiri ceritanya dengan mengatakan semua frontliners sangat menghargai kejujuran pesakit supaya dorang boleh handle masalah kesihatan dengan baik.

Tolonglah jujur, kalau tak tahu ada kontak rapat atau tak, cuba ingat kalau pernah pergi tempat yang ramai orang macam kenduri kahwin atau tak. At least doc boleh isolate dulu sebelum buat ujian dan tak menyusahkan orang lain.

 

Baca: “Tolong cakap perkara yang sebenar!!” – Frontliner Kena Bersihkan Fasiliti Kesihatan Lepas Dapat Tau Ada Pesakit Positif Covid-19

Screenshot 2020 03 26 At 6.26.31 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.