in

“Dah tak boleh cium suka hati lepas ni” – Bakteria Boleh Berjangkit, Hati-hati Bila Cium Pasangan dan Anak-anak

Doktor Gigi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seperti yang kita tahu, penjagaan gigi ini amat penting walaupun segelintir individu hanya memandang sebelah mata berkaitan. Padahal ianya sangat penting sebab tu kita kena pergi jumpa ke doktor gigi setahun dua kali untuk buat pemeriksaan.


Menurut perkongsian doktor gigi ini di Facebook, dia menyatakan kerosakan gigi boleh berjangkit dengan orang lain.

Gigi2

Kerosakan gigi berpunca disebabkan kehadiran bakteria yang ada di dalam mulut terutama dari spesis Streptococcus mutans (S.mutans).

Doktor 1

So, korang yang ada masalah gigi berlubang berpotensi untuk menyebarkannya kepada orang lain termasuk pasangan dan anak-anak

Macam mana orang yang sakit gigi boleh berjangkit dengan orang lain ? 

Ianya akan berjangkit menerusi ciuman dan perkongsian sudu, garfu, cawan ataupun straw.

Gigi5

Jadi, doktor ini share tips macam mana nak mengelakkan seseorang yang mengalami kerosakan gigi supaya tidak berjangkit kepada orang lain.

  1. Elakkan mencium anak pada bahagian mulut. Cium pada bahagian ubun-ubun kepala atau dahi.
  2. Elakkan merasa makanan sebelum disuap ke dalam mulut anak/bayi anda.
  3. Elakkan berkongsi sudu, garfu, cawan atau straw minuman dengan pasangan.
  4. Boleh nak sweet-sweet dengan pasangan, tapi pastikan kebersihan mulut korang bersih dan bebas daripada sebarang kerosakan gigi!
  5. Berus gigi setiap hari sekurang-kurangnya 2 kali sehari dengan ubat gigi berfluorida serta jangan lupa floss celah-celah gigi korang sekali.

Wahh, baru tak juga ni kalau ada gigi rosak boleh berjangkit dengan orang lain.

Baca : Jangan Terus Berus Gigi Anda Lepas Sahur, Ini Sebabnya

Gigi3

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.