in

“Dah tak ada kompromi lagi” – PDRM Pergi Cari Sorang-Sorang Yang Degil Tak Buat Ujian Kedua Covid-19

Pdrm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nampaknya mereka yang pandang remeh pasal tindakan kerajaan untuk denda jika tak melakukan ujian saringan Covid-19 kedua pada hari ke-13 kuarantin di rumah telah menerima ‘tetamu yang tak diundang’ kerumah mereka.


PDRM semalam (27 Julai 2020) telah mula kesan individu-individu tersebut kerumah mereka. Dalam perkongsian menerusi laman Facebook Info Roadblock JPJ/POLIS, beberapa orang anggota PDRM telah berkunjung kerumah mereka.

 

Tiada lagi kompromi, dakwa di mahkamah terus

110334053 1633496263494744 6685382041875697899 N 116102270 1633496233494747 463353374642250205 N

Dengan ketidakpatuhan beberapa orang yang dah cuba  keluar di tempat awam sebelum tempoh kuarantin selama 14 hari habis, kerajaan sebelum ini telah memberi peringatan kepada mereka untuk melakukan ujian saringan kedua dan jika gagal mereka akan ditangkap, ditahan reman dan didakwa.

27 Julai adalah tarikh akhir yang diberikan oleh Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, yang mengatakan bahawa tidak akan ada kompromi lagi bagi mereka yang masih enggan mematuhi arahan.

“Tiada lagi kompromi, amaran dan nasihat kerana mereka boleh membahayakan nyawa orang lain. Kalau degil juga pada Isnin polis akan tangkap dan tahan mereka … tiada kompaun, charge (dakwa) di mahkamah terus,” katanya pada sidang media mengenai perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di Pusat Dagangan Dunia Putra. Bernama.

Katanya lagi, kerajaan memandang serius perkara ini kerana ada kes lepas mendapati ada antara mereka (individu dikuarantin wajib di rumah) yang positif pada hari ke-13.

Malah, kerajaan juga bimbang jika golongan ini potong sendiri wristband mereka.

“Kita nak ingatkan bahawa kita ada (maklumat) nama dan alamat mereka”

Sehingga 25 Julai, 2,897 individu belum menjalani ujian kedua dan telah diingatkan untuk pergi ke Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) terdekat untuk mengikuti ujian ini.

Sementara itu, sekitar 9,600 individu masih dikuarantinkan rumah ketika ini.

Baca:  “Kita akan ambil tindakan” – Pegawai Boleh Guna Kekerasan Yang Perlu, Peserta Tabligh Ingkar Perintah Jalani Ujian Boleh Dipenjara

Tabligh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.