in

“Dah siap potong gelang pink” – ADUN Ayer Limau, Amiruddin Yusof Positif Covid-19

Dd

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Akhir-akhir ini banyak berita mengenai ahli politik yang dijangkiti wabak Covid-19.


Terbaharu, ADUN Ayer Limau, Datuk Amiruddin Yusof pula mengesahkan bahawa beliau positif COVID-19 selepas pulang dari Sabah.

D1

Menerusi laporan Astro Awani, Amiruddin berkata dia telah menjalani ujian swab semasa tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada awal pagi Isnin lalu.

“Pada Selasa, saya hubungi Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Alor Gajah untuk mengetahui keputusan ujian swab ke atas saya yang dilakukan di KLIA.”

Selapas menerima berita tersebut, beliau terus bergegas untuk memotong gelang kuarantin.

“Saya maklumkan nombor kad pengenalan saya kepada pegawai bertugas dan dimaklumkan keputusan COVID-19 saya adalah negatif dan diminta untuk datang dan potong gelang.”

D2

 

Terus jalani rutin harian sampai diberitahu positif Covid-19

Selepas disahkan negatif dan gelang kuarantin dipotong, Amiruddin berkata, pada Rabu beliau meneruskan rutin seperti biasa kerana terdapat banyak tugasan yang tertangguh.

“Pagi Rabu, saya telah ke Kompleks Seri Negeri sebab ada urusan yang perlu diselesaikan.”

“Selepas itu, saya balik ke rumah dan berehat. Pada sebelah petang, isteri saya maklumkan yang Exco Kesihatan kata yang saya positif COVID-19.”

Amiruddin yang kini mendapat rawatan di Hospital Besar Melaka tidak mahu menyalahkan mana-mana pihak susulan kesilapan itu.

 

Baca: Mesyuarat Kabinet Terpaksa Dibatalkan, 5 Menteri Ini Kena Kuarantin Lepas Pulang Berkempen Dari PRN Sabah

D

Sumber: Astro Awani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.