“Dah pecah pun kau balun lagi”- Tak Perasan Kompang Dah Pecah, Adik Ni Kena Gelak Dengan Netizen

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Korang mesti pernah dengar bunyi kompang kan? Silap-silap korang sendiri pun main kompang. Tak kisah lah waktu orang kahwin ke, waktu persaraan cikgu dekat sekolah korang dulu ke, atau saja tepuk-tepuk tampar-tampar member punya. Paling tidak pun mesti korang kenal lah apa itu kompang.

Ini kami nak cerita pasal kejadian kompang pecah waktu tengah show. Kejadian yang rare ni memang betul-betul berlaku. Jangan tanya kami macam mana boleh pecah, kami tak tahu. Tapi yang pasti sebab dibalun kuat oleh adik ni lah. Cuba korang tengok video yang di kongsi oleh @aamirulhusnii di akaun Twitter miliknya ni.

Koyak weh

Kejadian ni memang jarang-jarang berlaku. Selalunya berlaku pun sebab… eh memang jarang berlaku lah. Tak tahu lah sebab apa benda macam ni boleh berlaku. Memang rare!

Itu lah. Kuat betul dia balun kompang tu. sampai pecah weh. Memang kalau kena penampaq dia boleh koma weh

Kami pun sama. First time tengok kompang pecah masa orang tengah main. Dahsyat. Tapi kesian pun ada gak dekat adik tu. 

Mungkin diluar nampak tenang, tapi dalam hati mesti tengah berdebar. Sambil tu fikir ayat nak jawab apa dekat cikgu nanti. Masak weh!

Selalu dengar ayat ni everytime ada sesuatu yang melibatkan kompang. Tapi tak sure pulak kesahihannya. Kalau betullah ini yang akan berlaku sebab tak jemur sebelum main, maknanya ayat tu bukan lah mitos semata-mata.

 

Buat korang yang mana main kompang untuk kenduri kawin ke atau apa-apa majlis tu, harapnya jangan lah jadi macam kes ni. Settle weh kalau kompang pecah. Jenuh nak menjawab dengan cikgu ke bos ke sapa-sapa lah. Pastu kena ganti pulak tu. So, jemur lah dulu sebelum main. Selamat membalun!

 

Baca: “Kau ingat tu Armin van Buuren ke” – Terbahak Lihat Minah Salleh Ni Menari ‘Enjoy’ Dengar Kompang Pengantin

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Fahmy Rosli

Seorang Chef, pendengar muzik indie tanah air dan peminat tegar Kugiran Hujan. Optimis dan berwawasan. Motto hidup; “Mana ada perjuangan yang patah”.