Sudah menjadi ‘adat’ dalam setiap hubungan percintaan sudah pasti setiap pasangan akan berlumba-lumba untuk menonjolkan kemesraan masing-masing di khalayak ramai sehingga tidak ‘hormat’ dengan nasib insan-insan yang masih single ini.
Bukan setakat hubungan yang mesra, malah kalau bertengkar sekalipun, mereka jugalah yang paling ‘dramatik’ sehingga tidak peduli sekiranya ‘drama’ mereka berdua itu bakal dipertontonkan oleh orang sekeliling.
Pasangan bergaduh depan rumah orang lewat malam
Samalah seperti sebuah klip video yang dimuat naik di media sosial sehingga tular dalam kalangan netizen ini di mana satu pasangan telah bertengkar dengan agak kuat pada lewat malam di hadapan rumah seorang lelaki.
Pergaduhan ‘besar’ antara mereka berdua dirakam oleh lelaki tersebut disebalik tingkap rumahnya sehingga membuatkannya geli hati dengan aksi ‘dramatik’ tersebut.
Boyfriend gaduh ‘berkaki ayam’ je
Pada awalnya, si gadis kelihatan sedang menangis sementara teman lelakinya itu berlari meninggalkannya tanpa mempedulikan tangisan tersebut.
Namun apa yang melucukan, lelaki itu kelihatan hanya ‘berkaki ayam’ sahaja di tepi jalan tersebut.
Aik, bergaduh bagai nak rak sampai tak perasan tak pakai kasut?
Mungkin ‘berang’ gara-gara tidak dipedulikan, gadis itu kemudiannya terduduk pula di tepi jalan sambil menangis dan menjerit kepada teman lelakinya itu. Teman lelakinya kelihatan berpatah balik dan membalas semula jeritan teman wanitanya.
Hantuk kepala ke tiang sampai pengsan
‘Drama’ ini sampai ke kemuncaknya apabila si teman lelaki yang ‘frust’ dengan teman wanitanya itu secara tiba-tiba sahaja menghantukkan kepalanya beberapa kali pada sebatang tiang elektrik yang berada di tepi jalan berkenaan sebelum dia jatuh terbaring tidak sedarkan diri sementara teman wanitanya menjerit dan berlari ke arahnya.
Wah, dah macam K-drama pulak.
Dah macam telenovela
Adegan kedua-dua pasangan itu saling tak ubah sama seperti menonton drama-drama telenovela ‘romantik’ yang sering dipaparkan dalam televisyen. Video yang dimuat naik di laman Twitter ini berjaya meraih perhatian netizen yang rata-ratanya turut terhibur dengan ‘drama’ mereka berdua.
https://twitter.com/Mufaa6/status/1336401944617787392
Namun, ada juga netizen yang berasa simpati dengan keadaan teman lelakinya yang mungkin mengalami kecederaan di kepala sehingga pengsan manakala, teman wanitanya pula kelihatan sangat tertekan dengan keadaan itu.
Min ingatkan orang yang single je depression, orang bahagia bercinta pun stress jugak kan.
Baca: Video Pasangan Bergaduh Tunjuk Jari Tengah Di Pulau Pinang Terima Pelbagai Reaksi Negatif Netizen