in

Video Pasangan Bergaduh Tunjuk Jari Tengah Di Pulau Pinang Terima Pelbagai Reaksi Negatif Netizen

Page

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Video Pasangan Bergaduh Tunjuk Jari Tengah Di Pulau Pinang Terima Pelbagai Reaksi Negatif Netizen
Loading
/

Baru-baru ini kecoh di media sosial tentang insiden berebut petak parkir di Langkawi di mana seorang wanita telah bersikap kurang ajar dan membaling selipar ke arah kereta. Siap kena troll meme dengan rakyat Malaysia!


Selepas insiden itu, sebuah lagi rakaman video yang dimuat naik di Facebook menjadi tular. Video itu telah mendapat tontoton sebanyak lebih 440ribu.

Seorang netizen berkata video itu merupakan video lama yang berlaku beberapa tahun lepas. Menurut World of Buzz, kejadian itu dikatakan berlaku di Jalan Sungai Dua, Pulau Pinang.

Video berdurasi 31 saat itu menunjukkan seorang lelaki dan perempuan (mungkin suami isteri) sedang marah dan bergaduh dengan dua orang individu yang berada di dalam kereta tersebut.

Pasangan itu dilihat menghentak cermin kereta dan isterinya yang sedang mendukung seorang kanak-kanak menunjukkan jari tengah kepada individu di dalam kereta itu.

Gaduh1

Gaduh2
Selepas itu, lelaki tersebut juga menunjukkan jari tengah sebelum menghentak dan menendang kereta itu dalam keadaan marah.

Gaduh3

Gaduh4

Gaduh5
Wanita itu juga kemudian ikut serta membuat tindakan yang sama sebelum kedua-dua mereka berjalan kembali ke kereta dalam keadaan marah.

Gaduh6
Punca pergaduhan mereka tidak dapat dikenal pasti kerana tiada apa apa keterangan dimuat naik bersama video tersebut.

Salah seorang gadis di dalam kereta itu pula boleh didengari meminta seorang lagi individu menghubungi polis.

Netizen rata-rata memberi reaksi negatif dan menyatakan pasangan tersebut sangat kurang ajar, terutamanya wanita itu yang sedang mendukung seorang anak kecil.

Tidak kira siapa betul atau salah, yang penting cara sebegini bukanlah jalan penyelesaian terbaik kepada setiap salah faham atau pergaduhan.

Jangan tiru sikap mereka ni okay korang! Berikan contoh yang baik kepada anak kecil…

Tonton video itu di bawah:

Baca: Akibat Berebut Parkir Di Bazar Ramadan Langkawi, Wanita Berang Hingga Bersikap Kurang Ajar

Wanita

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.