in

Dah Macam Master Chris Leong Siap Pakai ‘Glove’, Lelaki Ini Betulkan ‘Tulang’ Dalam Kereta

Page Urut

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bila makin meningkat dewasa ni, mesti badan mula rasa lenguh-lenguh kan? Dengan waktu sekarang best juga kalau dapat rilekskan badan, fuhh lega rasa!


Apabila mula bercakap tentang urutan yang membetulkan tulang, pengguna-pengguna TikTok sudah semestinya familiar dengan salah sorang pakar pembentukan tulang yang dikenali sebagai Master Chris Leong atau @masterchrisleong yang sering tular video-videonya terutama di TikTok kerana kepakaran dirinya yang membetulkan tulang manusia.

Terinspirasi dari itu, ada satu video tular yang dikongsikan oleh pengguna akaun TikTok @fendymojo, seakan-akan Chris Leong siap lengkap memakai glove membetulkan ‘tulang’ di bahagian dalam kereta.

Namun begitu, ‘tulang’ dalam kereta itu tidaklah rosak teruk seperti yang dibayangkan. Ini kerana, lelaki itu atau lebih dikenali sebagai Fendy menghiburkan orang ramai kerana ‘tulang’ yang dibetulkan itu hanyalah sekadar menarik handbrake dan juga menolak armrest.

@fendymojo

Kereta pun kena bawak service mengurut. #bezza2020 #fypp #fypシ #foryoupage

♬ original sound – Fendymojo – Fendymojo

Ramai yang memuji bahawa Fendy bijak untuk menggunakan content itu kerana berjaya mencuri perhatian orang ramai. Bukan itu sahaja, ramai juga yang mengatakan cara itu tidak pernah terlintas di fikiran mereka untuk dijadikan sebagai content.

Komen Urut 1

Komen Urut

Komen Urut 2

Sebelum ini, Master Chris Leong viral dan sering menjadi sebutan kerana kebolehannya untuk ‘meletupkan’ tulang yang mengalami sengal-sengal. Sharing dari Chris Leong itu mendapat tontonan yang banyak kerana bunyinya yang memuaskan serta orang turut merasa lega.

Haa, yang lain tu! Jangan sesuka hati nak ‘letupkan’ badan korang tau. Make sure jumpa pakar supaya lebih terjamin keselamatan tu okay?

Baca: “X henti mata pengantin lelaki pandang” – Gadis Terharu Ibu Cantik Di Hari Kahwin, Ramai Ingat Umur 30-an

Wanita Kahwin Nampak Muda Umur 30 An Tiktok

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.