in

“Dah macam kena buai!” – [VIDEO] Lelaki Tidur Mati Dalam Kereta, Rakan-rakan Sampai Panjat Kereta Nak Kejutkan

Page 15

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang ada tak kawan-kawan yang kalau dah mula tidur, bukan main susah lagi nak dikejutkan? Boleh jadi kalau ada ribut petir pun, belum tentu diorang akan bangun.


Macam yang Min jumpa melalui laman Tiktok baru-baru ini, sekumpulan lelaki sampai kena panjat di sisi kereta ketika salah seorang rakan mereka tertidur lama dalam kereta. Haa… sampai macam tu sekali nak kejut ‘member’.

@hazyq174

Bila Member kau tidur mati dalam kereta ?

♬ original sound – ???? ????? – ???? ?????

Melalui video tersebut, lelaki itu dikatakan tidur di dalam sebuah kenderaan berwarna perak yang dikunci dari bahagian dalam. Setelah kehabisan idea untuk mengejutkan lelaki itu, rakan-rakan yang lain mula bertindak untuk ‘menghayun’ kereta tersebut beramai-ramai.

Lebih menghiburkan, selepas usaha keras dari rakan-rakan mereka sekalipun, lelaki itu masih lagi dilihat tidak terjaga dari tidurnya. Mungkin inilah yang orang cakap, kalau dah tidur mati tu, gempa bumi pun tak boleh kejut.

Rata-rata netizen di ruangan komen terhibur dengan gelagat lelaki-lelaki itu. Ada yang kata lelaki itu akan tidur lagi nyenyak kerana rasa seakan dibuai dari dalam kereta. Pulak dah…

4 6 3 6 2 6 1 6

Ada juga yang risau berkenaan lelaki yang tertidur, memandangkan pendingin hawa kereta itu masih dibuka dan kesemua tingkap ditutup.

6 6 5 5

Bahaya bang tidur dalam kereta macam tu… Nasib baik kawan-kawan ramai tolong kejutkan.

BACA: “Menganjing sungguh owner ni” – Netizen Tergelak Tengok Kereta Mercedes Ni Diubah Ala Kereta Proton

9 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.