in

“Dah lama craving” – Tunaikan Permintaan Teringin Makan Puding Karamel, Wanita Tak Sangka Adik Meninggal Keesokannya

Ft Puding Karamel

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ketika orang ramai sedang galak mencuba resepi puding karamel yang diajar oleh Khairul Aming, siapa sangka perkara ini membuat seorang wanita berusia 23 tahun yang dikenali sebagai Athy ini terkenangkan arwah adiknya yang meninggal dunia secara mengejut pada hujung tahun lalu.

Menerusi TikTok miliknya, pada tarikh 4 Disember 2025 lepas, arwah adiknya, Muhammad Aidil, 20 tahun ada meminta Athy untuk membuat puding karamel. Namun, tanpa diduga keesokkannya, Aidil meninggal dunia.


Artikel berkaitan: “Saya ada sekali dalam bilik bersalin” – Sharifah Shahirah Sebak Terkenangkan Detik Amyza Aznan Lahirkan Andre Mikael 

Artikel berkaitan: “Ayah nak rehat di akhirat” – Luahan Anak Tuan Guru Hashim Jasin Undang Sebak Netizen

Minta sampai merajuk sebab lambat buatkan

Menjengah ke ruangan komen, Athy menjelaskan bahawa arwah adiknya itu tidak menghidap sebarang penyakit, jelasnya dia hanya demam sahaja dan arwah adiknya itu meninggal dunia ketika tidur.

Jelas Athy, mujur arwah adiknya sempat merasa puding karamel air tangannya itu biarpun tidak menyangka bahawa ia adalah makanan terakhir arwah adiknya sebelum ‘pergi’.

Screenshot 2026 02 26 161333 Screenshot 2026 02 26 161353

Ketika dihubungi Lobak Merah, Athy menceritakan bahawa melihat resepi puding karamel yang sedang tular ini membuatkan dirinya teringat akan arwah adik. Jelasnya, detik terakhir sebelum meninggal dunia, adiknya sampai merajuk kerana si kakak lambat buatkan hidangan pemanis mulut itu.

“Sekarang selalu lalu fyp pudding karamel jadi teringat dekat dia, sebab puding karamel itu makanan terakhir dia minta sampai dia merajuk sebab saya lambat buatkan untuk dia.”

Bercerita mengenai detik terakhir pemergian adiknya itu, jelasnya adiknya itu hanya demam panas biasa sehari, ada pergi ke klinik dan makan ubat serta makan puding karamel itu dan tidur. Mereka mula menyedari ‘ketiadaan’ adiknya itu ketika ingin kejutkan untuk bersarapan.

“Arwah dah meninggal dunia di rumah. Arwah Aidil meninggal dunia dalam tidur, masih bertampal cool fever dekat dahi dia masa kami kejut dia untuk kali terakhir tapi dia dah takda, arwah meninggal dunia pada pagi jumaat 5/12/2025.”

“Arwah demam sehari je, arwah ada pergi klinik dan makan ubat, lepastu tidur. Sebelum tidur tu arwah sempat makan puding karamel dan ada beberapa makanan arwah makan (banyak juga yang dia makan) walaupun demam dia tetap selera.”

“Kami tahu arwah meninggal waktu pagi sebab ada kawan kepada arwah bgitau dia ada call arwah pukul 1 pagi dan arwah masih jawab call, kami tahu arwah dah takda pukul 7 pagi masa nak kejut untuk sarapan.”

Screenshot 2026 02 26 161411

Kata Athy, keputusan post mortem daripada pihak hospital masih belum diketahui dan keputusan paling awal boleh didapati dalam masa 3 bulan kerana bahagian luaran dan dalaman tiada yang rosak, malah tiada sebarang luka atau lembam dikesan.

Katanya, ada kemungkinan adiknya terkena jangkitan kuman dalam darah namun ia masih belum disahkan.

Sumber : TikTok

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.