in

“Dah lah drive public transport”- [VIDEO] Pemandu ‘Selamba Badak’ Hisap Rokok Dalam Bas

Baspj

Sekarang ni merokok di tempat awam telah diharamkan di Malaysia, termasuklah dalam pengangkutan awam. Kalau ada penumpang yang langgar peraturan itu pun dah buatkan orang sakit hati, apatah lagi pengandali pengangkutan tu.

Pada 25 Ogos lepas, WORLD OF BUZZ ada menerima satu kiriman email daripada salah seorang rakyat Malaysia yang bengang dengan seorang pemandu bas ini melakukan perkara sedemikian. Dia kongsikan video pemandu bas itu selamba merokok di tempat pemandu Bas PJ City.

“Pemandu bas untuk merokok di dalam bas tanpa ada kebersihan diri. Kerajaan kita telah melarang merokok di tempat awam dan pemandu tidak hanya melanggar peraturan tetapi juga merokok di dalam bas yang digunakan oleh masyarakat umum – dari kanak-kanak sekolah hingga warga tua yang berumur.”

Katanya kepada sumber, kejadian ini berlaku sekitar pukul 6.45 petang.

Berdasarkan undang-undang, peraturan melarang merokok di dalam “kenderaan awam” didefinisikan sebagai “setiap kenderaan yang membawa penumpang yang membayar tambang, yang digunakan di darat, air atau udara,” sebagaimana ditentukan di bawah Peraturan 2, 11 (1) e dalam Peraturan Pengawalan Produk Tembakau tahun 2004 dan Bahagian 2 Peraturan Pengawalan Produk Tembakau (Pindaan) 2018.

Individu itu juga menyatakan keprihatinannya terhadap sikap tidak peduli pemandu bas tersebut kerana merokok di tempat yang biasa digunakan oleh banyak orang awam di semua peringkat umur yang tergolong dari alangan  anak-anak sekolah hingga warga emas.

Merokok di kawasan ini boleh membahayakan kesihatan masyarakat, tambahnya lagi. Kiriman email yang dilampirkan dengan rakaman video ini turut dihantar kepada pihak berkuasa.

 

Baca :“Hisap rokok tak jaga sembahyang” – Dakwa Kebanyakan Polis Tak Jaga Solat, Asri Janggut Cetus Kontroversi Lagi

Rokok