in

“Dah kata tak boleh” – Remaja Ditikam Lepas Enggan Bagi Nombor Telefon & Akaun Snapchat Kepada ‘Stranger’

Snapchat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hanya kerana enggan memberikan nombor telefon dan nama akaun Snapchat miliknya, seorang remaja perempuan berusia 16 tahun cedera selepas ditikam seorang lelaki tak dikenali ketika sedang berjalan dengan seorang rakan lelakinya.


Lebih malang, rakan lelaki yang cuba membantunya juga cedera selepas ditumbuk suspek yang tak berpuas hati kerana permintaannya ditolak.

2 Swns Desmond Brooks 001 E1626491759899

Memetik laporan Mirror, suspek yang dikenali sebagai Desmond Brooks, 19, telah menghampiri mangsa di luar stesen Harrow-on-the-Hill di barat laut London pada 20 Oktober tahun lalu. Difahamkan, ketika kejadian, mangsa yang tidak didedahkan identitinya tidak berseorangan dan bersama dengan seorang rakan lelaki.

Menurut laporan, Brooks telah meminta nombor telefon dan akaun Snapchat milik mangsa. Pun begitu, permintaannya itu ditolak mangsa mengakibatkan Brooks berang dan mula mengekori kedua-dua mangsa sehingga ke dalam stesen Harrow-on-the-Hill. Tidak cukup dengan itu, Brooks juga telah mengeluarkan kata-kata kesat dan mengugut mangsa.

1 Pdpzinhkg1Yucqyvun8C9W
Gambar hiasan

Ketika dalam stesen, Brooks dikhabarkan telah mengeluarkan kata-kata berbaur perkauman kepada rakan lelaki mangsa dan menyebabkan lelaki itu berang lalu bersemuka dengan Brooks yang menumbuknya di muka.

Mangsa yang berusia belasan tahun kemudiannya bergaduh dengan Brooks sebelum dia ditikam di bahagian peha. Brooks dilaporkan melarikan diri dari tempat kejadian selepas insiden itu. Walau bagaimanapun, dia akhirnya ditahan oleh pihak berkuasa tak lama selepas itu dan di bawa ke balai polis untuk soal siasat.

Methode Times Prod Web Bin 0C380Ffa D8Ca 11E9 A836 B8A7068A08Fb E1626491895223

Ketika perbicaraan kes itu pada Mei lalu di Inner London Crown Court, Brooks mengaku bersalah atas satu kesalahan mencederakan orang dengan niat dan satu kesalahan menyerang dengan kata-kata berbaur perkauman.

Disebabkan perbuatannya itu, Brooks dijatuhkan hukuman penjara lima tahun dan dua bulan pada 2 Julai lalu.

Sementara itu, mangsa dan rakannya tidak mengalami kecederaan serius dan mereka kini dilaporkan sudah pulih sepenuhnya.

Sumber: Mirror

Baca: Tak Puas Hati Kereta Masih Rosak Lepas Dibaiki, Mekanik Melecur Dibakar Pelanggan

Feature 1 E1626491724962

Sumber: Medium
Sumber: The Times

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.