in

Tak Puas Hati Kereta Masih Rosak Lepas Dibaiki, Mekanik Melecur Dibakar Pelanggan

Feature 1 E1626491724962

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semakin hari, semakin banyak kejadian menakutkan yang berlaku di Malaysia. Kali ini, seorang mekanik kereta di Perak pula melecur sehingga 46 peratus kesan terbakar pada badannya gara-gara seorang lelaki yang tak puas hati kereta yang telah dibaiki masih rosak.


Menurut Harian Metro, kejadian itu berlaku di luar rumah pada Rabu lalu di Kampung Tersusun Balun Bidai, Perak sekitar jam 8 malam. Difahamkan, mekanik terbabit yang berumur 37 tahun melecur di kawasan kepala, kaki kanan dan pinggang.

Mekanik 1

Kecederaan melecur mangsa dikatakan berada di tahap ketiga.

Namun, empat lelaki termasuk 2 beradik telah ditahan pihak polis untuk siasatan lanjut. Kesemua mereka berusia 30 hingga 50 tahun.

Menurut Superintendan Barudin Wariso iaitu Ketua Polis Daerah Perak Tengah, kejadian tersebut bermula apabila suspek (50 tahun) tak puas hati dengan keadaan kereta adiknya yang masih rosak walaupun dah dibaiki oleh mekanik terbabit.

Suspek dan mangsa bertengkar pada mulanya dan lelaki itu kemudiannya menyuruh kawannya ke kedai runcit untuk membeli petrol,” katanya.

Dengan menggunakan pemetik api dan aerosol, suspek telah menyalakan api selepas menyimbah minyak petrol kepada mangsa. Namun, dua beradik itu juga kemudiannya ambil air daripada paip yang terdapat di luar rumah lokasi kejadian untuk memadamkan api.

Mekanik 2

Tak lama lepas tu, rakan adik suspek pula dihubungi untuk membawa mangsa ke hospital. Individu tersebut dikatakan telah diberi upah sebanyak RM100 dan mereka sempat tukar baju mekanik sebelum ke hospital.

Yang lagi dahsyat, kesemua mereka hanya meninggalkan mangsa di kawasan parking hospital dan nasib baik ketika tu, mekanik terbabit masih boleh bercakap.

Pihak polis juga mengatakan kesemua mereka direman bermula semalam selama tujuh hari. Mereka juga disahkan positif dadah jenis methamphetamine setelah menjalani ujian air kencing

Atas cubaan membunuh, kes akan disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

Sumber: Harian Metro

Baca: “Ini baru warning!” – Penghuni Lama Yang Pinjam Ahlong, Tapi Kereta Penghuni Baru Pula Kena Bakar

Mekanik

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.