in

“Dah dapat kebenaran” – KJ Perjelas Penerima DIBENARKAN Rakam Video Ketika Ambil Vaksin

Kj3 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Terbaru, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi,Khairy Jamaluddin Abu Bakar hari ini menegaskan individu yang akan menerima suntikan vaksin Covid-19 kini dibenarkan untuk merakam video.


 

Kebenaran daripada saya – Khairy Jamaludin

Katanya, ia bagi memastikan SOP yang sedia ada bagi petugas, iaitu tunjuk kepada penerima vaksin jumlah amaun yang telah diisi dengan sempurna sebelum suntikan itu berlaku.

Jadi, Khairy Jamaludin turut berkata bahawa beliau sudah mendapat kata sepakat daripada Menteri Kesihatan untuk membenarkan mana-mana individu untuk merakam detik penerimaan suntikan vaksin itu.

“Kebenaran daripada saya dan saya dah minta kebenaran daripada Menteri Kesihatan sendiri, kalau sekiranya ada arahn untuk tidak diberikan kemudahan ini, sekarang ini penerima vaksin boleh lah (rakam)video, suntikan vaksin mereka.”

Tambahnya lagi ia bagi menunjukkan bukti bagi kedua-dua belah pihak (penerima dan pemberi) bahawa ia telah diterima dan diberikan dengan sempurna.

Ia susulan dengan pelbagai spekulasi dan isu yang mendakwa bahawa ramai rakyat Malaysia yang tidak dapat menerima vaksin dengan sempurna dan isu larangan untuk merakam video ketika menerima suntikan tetapi ada pihak tertentu dibenarkan.

“Saya harap perkara ini dapat selesai disini, sebab saya tak nak mengganggu kesungguhan barisan hadapan dalam melaksanakan tugas mereka yang sedikit sebanyak terganggu pada 2 3 hari yang akhir ini.”

Oleh itu, Khairy Jamaluddin menyatakan bahawa beliau mengambil serius terhadap setiap aduan daripada orang awam dan tidak mengabaikannya kerana walaupun ada keralatan kecil, keralatan itu amat penting baginya.

Sebelum ini, Harian Metro melaporkan bahawa Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Ahmad Amzad Hashim berkata, merakam video dan gambar tidak dapat dibenarkan kerana ia dikhuatiri boleh mengganggu kelancaran proses vaksinasi di PPV.

 

Baca : “Saya dimarahi kerana rakam video” – Individu Buat Laporan Polis, Dakwa Terima Suntikan Vaksin ‘Kosong’

Rakam

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.