in

“Dah cukup penat dan serah semua kpd Allah” – Caprice Batalkan IG Live, Tak Mahu Keruhkan Keadaan

Ft Caprice Batal Ig Live

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Malam tadi, Caprice yang telah menjadualkan live di Instagram peribadinya pada jam 10 malam telah membatalkan sesi itu selepas pendakwah, Ustaz Ebit Lew dilaporkan membuat laporan polis susulan kontroversi yang melanda di antara mereka ketika ini.


Melalui Instagram story, Caprice yang dikatakan mencetuskan kontroversi berkenaan misi bantuan di Gaza itu telah mengeluarkan kenyataan maaf  serta berkata dia sudah tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan. Dia bagaimanapun akui masih kecewa dengan tindakan segelintir pihak.

Saya sudah penat.”

Caprice dah minta maaf dan taknak keruhkan keadaan lagi. Tapi kita sangat kecewa dengan pihak-pihak yang berguna kuasa untuk sembunyikan orang lain.”

Caprice dah cukup penat dan serah semua kepada Allah.”

Menurutnya lagi, dia kini masih belum ‘sembuh’ dan memilih untuk memperbaiki dirinya agar menjadi lebih baik dari segi mental dan fizikal.

Image From Ios 1 1

Image From Ios 2

Caprice sebelum ini terpalit kontroversi selepas memuat naik beberapa hantaran di Instagram meluahkan rasa tidak puas hati selepas tidak dibenarkan masuk ke Gaza. Isu tersebut menjadi lebih hangat apabila nama Ustaz Ebit Lew turut disebut membuatkan netizen mengecam serta mendakwa Caprice dengki dengannya.

Bagaimanapun, tidak lama selepas itu Caprice telah tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada DYAM Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Menteri Kanan Luar Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein dan Ustaz Ebit Lew.

 

Semalam, Ustaz Ebit Lew dilaporkan telah membuat laporan polis berhubung dakwaan yang dikatakan telah dibuat terhadap dirinya oleh beberapa individu.

Baca: “Saya ditegur agak keras oleh team EL…” – Nadir Al Nuri Dedah ‘Situasi Sebenar’ Disebalik Misi Gaza Ustaz Ebit Lew?

Nadir Ebit Lew

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.