Penyanyi Abby Abadi hilang sabar melihat anaknya terus dicaci oleh orang ramai, tegasnya, dia enggan menuruti kehendak orang ramai yang meminta dirinya untuk mendiamkan diri biarpun anaknya memilih ‘haluan’ yang menjadi kecaman ramai.
Hal ini kerana sebagai seoranng ibu, anggota kumpulan Elite ini akui terkesan dengan segala tohmahan yang dilemparkan kepada anaknya, Marissa Dania.
Artikel berkaitan: “Pusing-pusing dulu” – Abby Abadi Titip Nasihat Buat Marissa Dania
Artikel berkaitan: Aslam Tepis Dakwaan Pernikahan Dengan Marissa Masih Belum Berdaftar
“Ehhhh dia tu siapa? Yang dimaksudkan Marissa kan? Marissa tu anak Saya! Bukan batang kayu! 2 tahun dah saya biarkan dia di caci maki, dihamun sesuka hati sebab kelemahan dia sendiri.”

Tambah Abby, dia begitu geram apabila anaknya dipermainkan seperti dijatuhkan talak berkali-kali dan dia sebagai ibu sepatutnya bersuara untuk membela Marissa yang baru sahaja berumur 20 tahun. Malah Abby juga melabel seseorang itu kurang ajar kerana telah mencabar dirinya.
“Dah sampai kena talak berkali-kali ni, tak boleh ke saya bersuara? Tu anak saya tu… Mamanya hidup lagi ni.. Anak tu baru 20 tahun. Dari kecil saya jaga, makan pakai tempat tinggal elok sempurna.. Dah besar kau buat main je anak aku!! Kurang ajar sgt tu! Mencabar sgt ni.”
Sebelum ini, pempengaruh Aslam ada tampil memberikan kenyataan bersama peguam syarie menyatakan bahawa anak kepada Abby Abadi iaitu Marissa Dania sudah sah menjadi isteri keduanya di sisi undang-undang selepas mereka bernikah di Thailand.
Kenyataan terbuka itu diberikan seolah-olah memberikan bayangan kepada kenyataan Abby Abadi sebelum ini mempersoalkan mahkamah syariah untuk mengambil tindakan dan mendakwa status perkahwinan anaknya bersama Aslam masih belum ada sijil pengesahan.
Sumber : Threads
