in

“Dah bebas dah pun tahun 2009” – Lepas 20 Tahun Dipenjarakan, Perogol dan Pembunuh Remaja 13 Tahun Sebenar Baru Datang Buat Pengakuan

Pelaku

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Habiskan masa mudanya di dalam penjara untuk jenayah orang lain, itulah derita yang dilalui oleh seorang lelaki dari Korea Selatan.


Yoon Seong-yeo, 53 meringkuk dalam penjara 20 tahun, dia dikenakan penjara seumur hidup ketika umurunya 22 tahun atas kesalahan merogol dan membunuh remaja 13 tahun pada 1988.

 

Ditahan masa umur 22 tahun

202012172212406300 T

Ketika itu Seong-yeo bekerja sebagai mekanik dekat satu ladang di Hwaseong, dia ditahan pada Julai 1989 selepas polis menuduhnya merogol dan membunuh seorang gadis pada September 1988.

Pada waktu itu, ada kes 10 wanita dari bermacam-macam peringkat usia dirogol dan dibunuh sekitar tahun 1986 hingga 1991. Lelaki ini ditahan kerana polis dikecam hebat sebab susah nak cari pelakunya.

Menurut Berita Harian, polis rumuskan bahawa Seong-yeo yang melakukannya dan ia dinafikan biarpun dipaksa untuk mengaku.

Namun Mahkamah Daerah Suwon menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup pada Oktober 1989, yang kemudian disahkan Mahkamah Agung pada Mei 1990.

 

Dibebaskan tahun 2009, tiba-tiba pelaku sebenar datang buat pengakuan

Polis membuat kesimpulan Seong-yeo meniru siri jenayah yang berlaku walaupun dia menafikannya dan menyatakan bahawa penyiasat polis memaksanya untuk mengaku melakukan jenayah berkenaan.

Mahkamah Daerah Suwon menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup pada Oktober 1989, yang kemudian disahkan Mahkamah Agung pada Mei 1990.

Seong-yeo telah pun dibebaskan pada tahun 2009 tapi kes ini masih belum kesudahan apabila ada suspek lain yang membuat pengakuan tahun lepas.

Lee Choon Jae Hwaseong Serial Murders Grande
Lee choon jae, pelaku sebenar

Persoalan terjawab selepas Lee Chun-jae, membuat pengakuan membunuh kakak iparnya pada tahun 1994 termasuklah gadis berusia 13 tahun itu pada tahun 1988. Lee Chun-jae, dikenakan hukuman penjara seumur hidup.

Sementara itu Seong-yeo memfailkan perbicaraan semula. Chun-jae turut memberi keterangan pada perbicaraan semula Seong-yeo bulan lalu dan mengulangi pengakuannya.

 

Berjaya bersihkan nama

Penjara

Disebabkkan itu, Seong-yeo berjaya membersihkkan namanya selepas  Hakim Mahkamah daerah Suwon, Park Jeong-je, meminta maaf kepadanya Khamis lalu bagi pihak badan kehakiman kerana menyebabkan ‘kesakitan fizikal dan mental sangat besar’ akibat keputusan yang salah.

“Tertuduh tidak bersalah,” umum Park dan pembebasan Seong-yeo disambut tepukan gemuruh daripada penyokongnya di galeri.

“Saya harap tiada sesiapa yang perlu melalui apa yang saya lalui dan semua kes menerima perbicaraan yang adil,” kata Yoon kepada pemberita selepas keputusan itu.

Pembunuhan di Hwaseong juga ilham kepada penerbitan filem ‘Memories of Murder’ pada 2003 dan mencipta kejayaan bagi pengarah, Bong Joon Ho, yang memenangi filem terbaik Anugerah Akademi pada tahun ini bagi filem ‘Parasite’.

 

Baca : “Dendam selalu kena marah dkt sekolah” – Bekas Pelajar Tergamak Rogol & Bunuh Guru Berusia 50 Tahun

Dendam

Sumber: Blog
Sumber: Blog

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.