in

“Dah 6 bulan alat kelamin saya gagal berfungsi” – Pengarah Drama Dedah Disantau

5.9

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menurut Harian Metro, pengarah drama yang hanya ingin dikenali sebagai C itu pada mulanya mengalami tompok putih seakan terbakar dan bersangka bahawa ianya hanya kesan panau atau tersalah guna ubat.

Setelah itu, C pergi mendapatkan khidmat pakar namun masih tak berjaya.


“Saya mengambil keputusan berjumpa pakar dermatologi untuk dapatkan nasihat serta buat rawatan wajah tapi hasilnya tak berjaya juga.”

Tidak berputus asa, doktor tersebut telah mencadangkan C untuk dapatkan rawatan Islam.

Doktor melihat ada sesuatu yang tak kena dan akhirnya mencadangkan saya berjumpa dengan pengamal perubatan Islam bagi merujuk lanjut masalah ini.”

Tergamam, belum duduk lagi ustazah kata kena santau angin

Semasa C menjalankan pengambaran di Kuantan, Pahang, C telah berjumpa dengan seorang ustazah yang dikenali sebagai Kak Ina bagi mendapatkan rawatan.

Katanya, belum sempat duduk untuk rawatan lagi, Kak Ina memberitahu yang dia terkena sihir, santau angin.

5.6

Gambar di gantung atas bara api

Selain Kak Ina, C berjumpa dengan seorang lagi pengamal perubatan Islam yang dikenali sebagai Abang Ijol di Johor.

Lalu, Abang Ijol juga memberitahu benda yang sama seperti Kak Ina. Dakwanya lagi, gambar C telah digantung atas bara api.

“Saya dikejutkan pula dengan kata-kata Abang Ijol yang gambar saya digantung di atas bara api agar saya rasa sesak nafas. Ini juga punca kenapa wajah saya seakan terbakar.”

5.7

6 bulan alat kelamin gagal berfungsi

Menurut C, dia sendiri merasakan ‘sesuatu’ yang lain pada tubuh badannya.

Saya sendiri rasa ada sesuatu yang lain kerana sudah 6 bulan alat kelamin saya gagal berfungsi dengan sempurna. Itulah sebabnya saya terdetik untuk berubat secara Islam.”

4 bulan berlalu, C bersyukur kerana dirinya semakin pulih selepas mendapatkan rawatan dengan pengamal perubatan Islam dan tradisional. Badannya semakin pulih dan kulit mukanya juga kembali normal.

Sehingga kini, C masih tak tau siapa yang telah menghantar santau angin tersebut kerana Abang Ijol tak nampak dengan jelas individu itu namun C memberitahu yang bomoh tersebut adalah daripada negara seberang.

 

Baca : Avengers Melayu? Gelaran Pawang, Dukun, Bomoh Sebenarnya Tak Sama! Ia Berbeza Mengikut Superpower Masing-masing

5.5

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.