in

“Dah 13 cucu pun tak serik” – Warga Emas Penagih ‘Hardcore’ Ditangkap AADK, Tak Sempat Lari Sebab Mata Rabun

Ft Atukpenagih

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sekali sehari nak elak gian.”

Seorang bapa kepada tujuh anak yang menjadi penagih hampir 19 tahun beritahu tentang mengapa dia perlu mengambil dadah setiap hari. Warga emas berusia 68 tahun itu adalah antara lima lelaki yang ditahan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) daerah Besut dalam satu operasi.


Ketua Pegawai AADK Besut, Noor Hafizza Mat Zin berkata operasi dijalankan di salah satu lokasi tumpuan penagih dadah di Tembila, Besut pada Selasa lepas.

Dadah3

Ketika serbuan, datuk kepada 13 cucu itu sedang tidur di rumahnya di Kampung Gong Medang. Menurut Sinar Harian, dia yang sudah dikategorikan sebagai penagih ‘hardcore’ itu tidak sempat melarikan diri kerana rabun dan bangun dalam keadaan bingung semasa ditahan.

Warga emas itu turut mengaku mengambil barang terlarang itu selepas terpengaruh dengan rakan dan sebelum ini sudah pernah ditahan AADK namun tidak serik-serik.

“Hasil ujian saringan awal air kencing mendapati dia yang pernah ditahan AADK pada tahun 2002 positif dadah jenis morfin.”

Dadah2

Dadah1

Difahamkan, lima penagih yang ditangkap ketika operasi yang bermula kira-kira jam 12 malam itu berusia antara 30 hingga 68 tahun. Mereka ditahan mengikut Seksyen 3 (1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983.

Baca: “Allah kesian kat anak2…” – Pernah Viral Selongkar Sampah Cari Makan, Ibu Anak 4 Ditahan Positif Dadah

Dadah Positif

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.