Kebiasaannya jika seseorang itu dilihat mencuri makanan di pasar raya, individu tersebut akan ditangkap dan dikenakan tindakan yang sewajarnya.
Namun, bagaimana pula jika yang mencuri itu ialah seekor burung? Bagaimana pihak pasar raya mahu menangkapnya, dan jika sudah ditangkap pun, apa yang mereka boleh buat?
Burung camar curi keropok
Seekor burung camar dipercayai telah mencuri keropok berjumlah RM1,644.36 dari pasar raya di sebuah bandar di England, Paignton.
Disebabkan sering dilihat mencuri keropok, burung camar ini diberi nama Steven oleh penduduk tempatan. Difahamkan, Steven sudah mengetahui bagaimana pintu automatik di pasar raya tersebut berfungsi.
Ditangkap curi keju
Terbaharu, Steven sekali lagi ditangkap mencuri sepaket keropok berperisa keju. Perbuatan burung camar ini berjaya dilihat menerusi rakaman kamera litar tertutup di pasar raya tersebut.
Burung licik ini akan mencuri snek dengan menggunakan paruhnya, sebelum terbang keluar menerusi pintu automatik Tesco. Difahamkan, Steven akan mencuri snek di situ sebanyak tiga kali dalam sehari.
Sebanyak 17kg makanan dicuri
Menurut rekod pihak Tesco, Steven telah mencuri hampir 17 kilogram makanan yang bernilai sekitar RM1,644.36. Antara makanan yang sering dicuri oleh Steven ialah keropok jenama Doritos.
“Saya pernah nampak dia masuk (Tesco) beberapa kali. Kali ini, saya nampak dia sekali lagi lalu saya mula merakam”, ujar saksi kejadian.
Kredit: Metro UK
BACA: Lelaki Order Buah Epal Dari Tesco Tapi Dapat Sekali Dengan iPhone, Ingatkan Prank Rupanya Betul!