in

“Cuba hidupkan kenangan masa kecik-kecik” – Lelaki Ini Bina Semula Kampung Tok Wan Dalam Bentuk Miniatur, Nampak Real Habis!

Untitled Collage 3 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semakin kita dewasa, semakin kita merindui suasana kampung ketika zaman kanak-kanak dulu. Rumah beratap zink, mandi air kolah, lantai beralas mengkuang dan masak pakai kayu api. Itu antara ingatan kita terhadap rumah kampung dulu-dulu.


Bila tok nenek dah tiada, semakin jarang kita semua pulang ke kampung — hingga rumah pusaka terbiar menjadi rumah tinggalan. Rindunya kampung kan?

Bagi seorang lelaki yang dikenali sebagai Eddie Putera, lantaran mahu menghidupkan semula kenangan lama masa kecilnya di kampung — beliau menghasilkan sebuah miniatur kampung mirip rumah Tok Wan-nya.

Kesemua gambar-gambar itu dikongsikannya ke dalam group Malaysiaku Dulu Dulu di Facebook.

Tok Wan wa sebelah mak, orang Kedah. Rumah kampung tepi Sungai, Kampung Seberang Pumpong, Alor Setar. Wa cuba hidupkan kenangan lama masa wa kecik kecik,” demikian status yang disertakan bersama gambar-gambar di hantaran tersebut.

106983681 10157676442022261 7318802345034893286 O

106531875 10157676442917261 4390205866795961443 O

75439373 10157676444977261 3970770915542488533 O

Sekali pandang, nampak macam kampung betul — kita tak sangka rupanya ia hanya sebuah replika kampung miniatur.

Segala perincian yang dibuat, seperti atap zink yang usang, rumput yang mengering dan timbunan daun-daun kering — memang menghidupkan kembali ingatan kita semua terhadap kampung halaman masing-masing.

Tentu lama masa yang diambil untuk menyiapkan miniatur ni kerana ia memerlukan penelitian dan penghayatan penuh terhadap suasana yang ingin kita hasilkan. Tapi apa nak dihairankan, kerana tangan yang menghasilkannya memang terkenal dengan karya-karya seni dioramanya.

Kalau tak percaya, Google je Eddie Putera.

 

Baca: “Tetamu pun takut nk dtg” – SERAM! Keluarga Guna Tangan & Kaki Tiruan Jadi Hiasan Landskap Rumah

Capture 8

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.