in

COVID-19: Lebih 29 Juta Kes Covid-19 Dilaporkan Seluruh Dunia, Kematian Hampir Cecah Angka 1 Juta!

C199

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Terkini dilaporkan lebih 29 juta angka kes Covid-19 di seluruh dunia…So jangan nak rileks sangat walaupun negara kita masih dalam kawalan.


Data baru dari Worldometer itu meletakkan Amerika Syarikat kekal sebagai negara paling teruk terjejas dengan kes jangkitan sebanyak 6.5 juta!

Diikuti dengan India sebanyak 4.75 juta kes, manakala negara Brazil pula 4.31 juta kes dilaporkan.

A26

Jangkitan COVID-19 di Rusia pula melepasi angka satu juta kes.

Peru, Colombia, Mexico, Afrika Selatan, Sepanyol dan Argentina melepasi angka setengah juta kes.

Negara yang melepasi angka 300,000 termasuk Chile, Perancis, Iran, United Kingdom, Bangladesh, Arab Saudi dan Pakistan.

Turki, Iraq, Itali, Jerman, Filipina dan Indonesia pula merekodkan angka positif melebihi 200,000.

Selain itu, negara yang melepasi angka 100,000 ialah Ukraine, Kanada, Qatar, Bolivia, Ecuador, Kazakhstan dan Mesir.” – Astro Awani

Negara Amerika Syarikat juga mencatatkan angka kematian tertinggi sebanyak hampir 200,000 iaitu 21 peratus daripada 928,281 kematian seluruh dunia.

A25

Kalau taknak jadi penyumbang angka wabak pandemik ni naik, korang patuhi lah S.O.P ditetapkan oleh KKM dan arahan dari Kementerian Pertahanan. Sama-sama, kita mampu membendung penularan Covid-19.

Baca : “Virus bukan dari pasar” – Pakar Virologi Dari China Bakal Dedah Bukti COVID-19 Berasal Dari Makmal di Wuhan!

Aa1

Sumber: worldometer
Sumber: worldometer

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.