in

“Covid-19 is real” – Shuib Seru Rakyat Malaysia Agar Ambil Vaksin & Sediakan Oxymeter Jika Positif Covid-19

Ft Shuib Seru Rakyat Malaysia Ambil Vaksin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebentar tadi, Shuib Sepatu ada buat sesi IG Live menjelaskan segala-segalanya dan meluahkan apa yang terpahat dalam hatinya. Shuib kongsikan bahawa Siti Sarah seorang isteri yang begitu taat kepada suami.


 

Arwah jadi tulang belakang kejayaan, banyak buat ‘benda baik’ yang Shuib sendiri tak tahu

Shuib Seru Ambil Vaksin 2

Disamping itu, Shuib juga menceritakan kebaikan yang ada pada arwah isterinya, Siti Sarah Raisuddin sepanjang berada di sisinya bahkan ada juga perkara baik yang arwah buat sehingga Shuib sendiri tak tahu.

Shuib juga ada kongsikan bahawa arwah adalah ‘tulang belakangnya’ sehingga dia berjaya ketahap ini. Shuib juga menceritakan bahawa Siti Sarah jenis ‘tak usik’ duitnya, namun Shuib melunaskan semua nafkah yang ada.

Malah arwah Siti Sarah juga turut membimbing Shuib untuk sentiasa tidak berkira dengan wang yang ada dalam hidup ini.

Saya memang tak ada apa-apa, saya kosong, saya tumpang luck dia,” katanya dalam sesi live tadi.

 

Mati Syahid

Shuib Seru Ambil Vaksin 4

Dalam pada itu, Shuib juga menceritakan yang dia pernah cakap dengan arwah bahawa dia mahu mati syahid, namun dalam sesi live itu, Shuib menceritakan bahawa dirinya begitu cemburu dengan arwah kerana arwah yang perolah ‘nikmat; itu, meninggal dunia selepas melahirkan anak.

“Dia yang pergi syahid, rupanya dia yang dapat bayaran cukup daripad Allah orang doakan dia, orang bantu dia orang hanya buka kebaikan dia sampai saya tak tahu pun dia buat dengan senyap.”

Ketika sesi pengebumian, Shuib menceritakan bahawa segala-galanya telah dipermudahkan termasuklah dirinya sendiri berpeluang untuk kebumikan isterinya dan berpeluang menatap wajah arwah isterinya buat kali terakhir.

“Harini pemergiannya sangat luar biasa, satu per satu Allah permudahkan, saya masuk ke dalam liang, saya duduk ke tengah saya pengang pinggang dia saya turun kan dia. Dia cukup ringan, masa saya sampai ke liang, saya tengok liang tu kecil. Dia turun keliang tanpa sangkut, terus masuk.”

 

Cuba elak nak beritahu anak

Shuib Seru Ambil Vaksin

Ketika pulang dan selesai sesi pengebumian, Shuib menceritakan bahawa dirinya mengambil masa lama untuk mandi kerana rasa kaku berseorangan, dalam pada itu, dia cuba untuk elak beritahu kepada anak-anaknya kerana tak sanggup.

Namun begitu, dia dihubungi oleh ibu mertuanya kerana anak-anaknya sudah menonton video mengenai khabar berita sedih itu di YouTube dan melihat ibunya itu dikebumikan.

Dengan kaca televisyen terpampang menunjukkan berita mengenai ibu mereka, Shuib kentalkan hati untuk memberitahu anak-anak mereka bahawa ibu mereka tidak akan dapat pulang kerumah lagi.

 

“Covid-19 is real”

Shuib Seru Ambil Vaksin 3

Pada awalnya, Shuib begitu percaya dengan pandemik ini, tetapi setelah virus itu meragut nyawa  orang disisinya, Shuib menjelaskan bahawa dirinya kini tersentak, namun begitu, Shuib menyeru ramai rakyat Malaysia untuk segera ambil vaksin. Ini penjelasannya…

“Covid-19 is real, sebelum perginya isteri saya, maid saya telah pergi dulu, minggu lepas, hari Jumaat, Covid-19 is real,d dulu saya orang yang tak berapa percaya pun dengan Covid-19. Tapi bila dah kena batang hidung saya.

Sebab tadi sebelum saya keluar ICU, lepas tengok isteri saya, ada satu nurse panggil saya, dia cakap Shuib, akak tahu tentang Sarah ni memang viral, semua orang mendoakan dia tapi akak nak sampaikan sesuatu, semoga ada kebaikan bila perkara ini berlaku dia cakap.

Akak nak adik sampaikan yang…Saya banyak kali dengar cerita vaksin, saya dah divaksin sekali, saya banyak kali dengar pasal vaksin, tapi akak tu cakap dengan saya, Shuib kita kena sedarkan rakyat Malaysia tentang vaksin, sekurang-kurangnya dengan vaksin mungkin dapat membantu kita.

Saya tersentak, sebab saya tahu isteri saya belum divaksin, isteri saya punya keadaan adalah dia punya paru-paru hampir semua bahagian ada virus, sampaikan paru-paru dia tak boleh nak bekerja untuk proses oksigen, ia menyebabkan semua organ badan dia tak berfungsi dengan baik.

Jadi saya rasa macam kemungkinan juga, pasal dia tak vaksin kot, wallahualam, saya sampai ni sebab akak tu suruh saya sampaikan. Jadi kalau berpeluang untuk ambil vaksin, ambil.

Disaat macam ni kematian hari-hari dan Covid-19 kalau nak terjadi, sekejap sahaja dan bila terjadi, there is no U-Turn, saya ingatkan isteri saya akan sihat, saya cukup yakin.”

Malah, Shuib turut berpesan bahawa setiap rumah perlu ada Oxymeter untuk memeriksa kadar oksigen dalam badan, sekitaran ia turun bawah 96 peratus jadi 94,93 terus ke Hospital tanpa lengahkan masa.

 

Baca : Sempat Tatap Wajah Ketika Nazak, Air Mata Siti Sarah Mengalir Masa Shuib Buat Panggilan Video Terakhir

Collage 8

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.