in

Covid-19 : 5 Kluster Baharu Dikenal Pasti : KKM

Ft Kluster

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebentar tadi baru sahaja Kementerian Kesihatan Malaysia maklumkan mereka telah mengenal pasti 5 lagi kluster baharu di sekitar kawasan Selangor, Kuala Lumpur dan Johor.


Berikut adalah senarai kluster baharu yang mereka dapati :

 

Selangor

Kluster Tapak Bina Jalan Bukit di Hulu Langat

Ketua Pengarah KKM, Tan Sri Dr Dor Hisham berkata, kes indeks bagi kluster ini ialah kes ke-67,596 yang membabitkan pekerja di sebuah tapak pembinaan yang dilaporkan positif Covid-19 pada 2 Disember lalu.

Seramai 109 individu disaring, 47 dikesan positif Covid-19.

 

Kuala Lumpur

Kluster Tapak Bina Condong di Lembah Pantai, Titiwangsa dan Cheras

Kes dalam kluster ini pula dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 6 Disember lalu selepas jalani saringan tempat kerja di sebuah tapak binaan.

Sehingga kini, seramai 291 individu disaring dan 24 kes dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.

 

Kluster Tapak Bina Jalan Stadium

Juga membabitkan daerah Titiwangsa dan Lembah Pantai di KL, kes dikesan positif pada 4 Disember lalu.

 

Johor

Kluster Jalan Dalam di Kulai, Batu Pahat dan Johor Bahru

Menurut Harian Metro, kes indeks bagi kluster ini ialah kes ke-74,278 yang dilaporkan positif Covid-19 pada 7 Disember menerusi saringan individu bergejala.

Sehingga kini, seramai 108 individu disaring, 13 kes dikesan positif Covid-19

 

Kluster Tenun Merah di Batu Pahat

Sebanyak 23 kes dilaporkan positif Covid-19 daripada 287 individu yang disaring.

 

Baca : Kebanyakan Kluster di Selangor Mungkin Ada Mutasi D614G – DG Hisham

Kluster

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.