Perasaan caring merupakan antara perasaan yang sangat sinonim dengan mana-mana manusia terutama sekali golongan ibu bapa. Disebabkan itu jugalah, ibu bapa ni kadang-kadang macam-macam soalan dia tanya anak sebelum nak bagi anak keluar rumah. Bukan sebab tak percaya tapi sebab risau kalau apa-apa terjadi.
Baru-baru ini, seorang ibu mendapat perhatian pengguna media sosial TikTok di negara jiran, Indonesia, selepas anaknya berkongsi mengenai bagaimana ibunya membuat Google From semata-mata untuk bertanyakan sama ada anaknya sudah makan atau belum.
Lapor Suara.com, menerusi akaun TikTok @o..range, seorang gadis berkongsi beberapa pesanan daripada ibu bapanya dalam grup WhatsApp keluarga.
@biscuit..blue Mak gua belajar buat gform darimana ya 😭👍🏻
Menerusi video pendek berkenaan, dapat dilihat, ibu bapa gadis terbabit seringbertanyakan kepada anak-anak mereka dalam grup terbabit sama ada mereka sudah makan atau belum.
Pun begitu, gadis berkenaan perasan ada kelainan pada mesej yang selalu dihantar ibu bapanya selepas ibu gadis itu menghantar satu pautan Google Form.
Selepas diklik, rupanya, Google Form itu dibuat si ibu untuk bertanya sama ada anaknya dah makan atau belum.
“Dari mana ibuku belajar buat Google Form ye?” tulis gadis itu dalam perkongsiannya.
Setakat artikel ini ditulis, video terbabit sudah meraih lebih 400 ribu tontonan dan 61.8 ribu tanda suka.
Meninjau di ruangan komenn pula, ramai pengguna media sosial yang terhibur dengan cara si ibu ini bertanyakan soalan kepada anaknya.
“Ya Allah kelakar betul! Seronok tengok. Semoga si ibu terus sihat,” tulis netizen.
“Cara orangtua buat anaknya bahagia tu berbeda-beda ya,” kata netizen lain pula.
Sumber: Suara.com
Baca: Lelaki Ini Guna Google Form Ajak Gadis Idaman ‘On Date’, Unik Dan Comel!