City of Death : Lagenda ‘Mengerikan’ Kampung Dargavs, Tiada Yang Dapat Keluar Hidup-hidup

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Kali ini admin nak kongsikan satu kisah menarik satu kampung di Russia yang menyimpan 1001 misteri.

So jom kita mulakan…

Untuk pengetahuan korang, ada satu kawasan kampung di Russia yang dipanggil City Of Death. Sekali pandang memang tidak ada apa yang pelik dengan kampung tersebut namun sebenarnya ramai tak tahun kisah lagenda kampung itu.

 

Kota cantik rupanya kawasan pemakaman kuno

Terletak di kawasan North Ossetia,Rusia sebuah kampung dikenali sebagai Dargavs mendapat julukan sebagai Kota Mati.

Mengejutkan! Setiap rumah di sana ternyata sebenarnya ialah kubur manusia.

Mereka yang berkunjung ke sana buat pertama kali pasti bakal teruja dan merasa takjub sebab akan nampak kira-kira 100 rumah dengan reka bentuk unik, yang dipanggil Nakh.

Binaan istimewa di lereng bukit ini menonjolkan ciri khas bahagian atas berbentuk runcing. Terletak di kawasan berbukit yang berlembah tidak jauh dari Sungai Fiagdon yang cantik dan jernih.

Sumber: Blog
Sumber: Blog

Namun kecantikan itu ternyata untuk menutupi situasi ‘ngeri’ di kampung tersebut.

Dikenali sebagai City of Death atau Kota Kematian, kampung Dargavs merupakan sebuah kawasan pemakaman kuno.

Rumah-rumah di Dargavs bukanlah kawasan kediaman biasa sebaliknya merupakan kuburan. Di dalam bangunan itulah mayat-mayat tulang temulang penduduk dikuburkan bersama barangan peribadi mereka seperti pakaian, barang kemas dan lain-lain. Malah ada juga yang dikuburkan bersama perahu mereka.

Sekiranya ada 100 rumah di sana bermakna ada 100 kuburan namun 1 rumah tak semestinya menyimpan 1 mayat sebaliknya lebih dari satu.

 

Ada yang kata kampung diserang wabak, ada yang kata kampung ini disumpah!

Mitos tempatan menyebut yang kononnya rumah-rumah di Dargavs ini dibuat untuk menampung individu yang terkena penyakit pada abad ke-17.

So pada waktu itu, mereka yang terkena penyakit atau wabak mereka diharuskan untuk duduk sahaja di rumah agar tidak merebak ke penduduk lain. Iaitu seolah-olah diasingkan atau isolasi. Mereka hanya bertahan dengan sumber makanan daripada masyarakat sahaja sehinggalah akhirnya mereka meninggal dan membusuk di dalam rumah..aishhh sampai macam tu sekali!

Sumber: Blog

Kisah lagenda lain pula mengatakan yang Dargavs ini merupakan Kampung Yang Disumpah! Ada cakap-cakap bahawa individu yang ke sana, diyakini tidak akan dapat kembali.

Sisi kisah lain menyebut, penduduk kawasan tersebut akan mengumpul tulang manusia sama ada dari mayat ataupun yang dibunuh oleh mereka dan menyimpan tulang-tulang di dalam rumah, kawasan ini juga dikatakan akan menyumpah sesiapa yang tinggal di situ akan meninggal.

Sehinggalah satu masa penempatan ini ditinggalkan kosong dan berusang, penduduk tempatan sendiri pun takut untuk mendekati kawasan kampung Dargavs ini.

Sumber: Blog

Tapi untuk pengetahuan korang, Dargavs ini dah jadi kawasan pelancongan yang popular di North Ossetia. Suasana kat sana pun memang ‘real’ kerana tidak ada penduduk langsung malah selain pelancong pun masih banyak yang belum tau pasal kawasan tersebut.

So amacam? Dah ready nak berkunjung ke City of Death ni?

 

Baca : Wanita-Wanita Dalam Hidup Lagenda P.Ramlee, Rupanya Pernah Kahwin Dengan Mantan Permaisuri Perak Sebelum Disailang Saloma.

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Isa Zubir

Sejenis manusia yang sempoi, masuk air dan kuat makan. Spesis makhluk yang kalau gelak tak ingat dunia, tapi tak perlu risau sebab aku still waras lagi. Perkara paling penting dalam hidup aku - FAMILY dan KERJAYA, yang lain jatuh nombor dua.