KUALA LUMPUR – Perdana Kuala Lumpur City Centre dengan bangga mengumumkan kembalinya promosi buffet Ramadan yang dinantikan dengan tema,”Cita Rasa dari Dapur Binjai” yang bermula dari 05 Mac hingga 29 Mac 2025 di restorannya 10Binjai.
Seiring dengan kedatangan Ramadan, Perdana Kuala Lumpur City Centre menjemput para tetamu untuk meraikan bulan yang mulia ini bersama keluarga tersayang dengan menikmati pelbagai hidangan tempatan, timur tengah dan antarabangsa yang autentik yang menjanjikan pengalaman Ramadan yang tidak dapat dilupakan.
“Para tetamu boleh merasai pengalaman kulinari yang istimewa di Perdana Kuala Lumpur City Centre pada Ramadan ini dengan stesen memasak yang ditetapkan. Para tetamu juga dapat menyaksikan hidangan kegemaran mereka disediakan secara langsung oleh chef profesional kami,”
“Dari hidangan pembuka selera yang berwarna-warni kepada sup yang membangkitkan aroma rasa serta hidangan utama yang lazat, menu yang disediakan akan sentiasa membuatkan para tetamu teruja dengan juadah yang disediakan.”
“Dalam menyemarakkan bulan Ramadan pada tahun ini, bufet kami menawarkan lebih hidangan sajian autentik yang memikat jiwa daripada keunikan rempah Timur Tengah, keistimewaan hidangan tradisional tempatan, hingga rasa antarabangsa yang menonjolkan kepakaran kulinari pasukan chef
kami. Menjadi tumpuan utama adalah Kabsa Rice yang memberikan rasa rempah yang sempurna dengan daging lembut, herba harum, dan rasa autentik dari Timur Tengah”.
“Sebagai pelengkap kepada hidangan utama ini, terdapat juga gerai hidangan langsung yang menawarkan pelbagai juadah istimewa seperti Gerai Belanga Panas Istimewa yang mensajikan Sup Kawah dengan penuh rempah dan pelbagai pilihan ayam, daging, kambing atau paru dan dihidangkan bersama roti benggali. Ramadan kali ini, kami juga menyediakan Gerai Dunia Pasta dengan pelbagai jenis pilihan masakan sos pasta yang menarik seperti bolognaise, alfredo dan aglio olio. Untuk hidangan pencuci mulut kami turut merangkumi kegemaran orang ramai seperti 10 Jenis Kuih Melayu dan Ais Kacang”.
“Diilhamkan dari resepi turun temurun, kami berhasrat untuk mengimbau kenangan-kenangan terindah buat para tetamu kami,” ujar Zakaria Ismail, Pengurus Besar.
Untuk Ramadan yang istimewa ini, Perdana Kuala Lumpur City Centre akan menyambut bulan yang suci ini di 10Binjai yang terletak di Aras 1. 10Binjai mempunyai dua ruang iaitu ruang berhawa dingin dan ruang terbuka, di mana para tetamu boleh memilih untuk menjamu selera di ruang pilihan sambil menikmati pengalaman dengan suasana dengan konsep moden kontemporari. Restoran 10Binjai mempunyai ruangan kapasiti bagi 250 orang dan ianya pasti merupakan lokasi ideal untuk berbuka puasa bersama keluarga, rakan-rakan dan juga yang tersayang.
Raikan Ramadan yang mulia dengan citarasa tempatan dalam suasana yang selesa dan meriah bersama keluarga dan rakan-rakan anda. Pembelian awal baucer bufet Ramadan berharga RM128.00 seorang bermula sekarang sehingga 20 Februari 2025. Manakala, harga biasa ialah RM168.00 seorang. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk membuat pembelian awal baucer Ramadan kami sebelum 20 Februari bagi mengukirkan memori indah bersama keluarga tersayang.
Selain dari tempat berbuka puasa, surau juga turut disediakan di Aras 5 untuk para tetamu menunaikan solat Maghrib dan Tarawih. Selain itu, Masjid Asy-Syakirin KLCC juga hanya 260 meter dari Perdana Kuala Lumpur City Centre.
Untuk tempahan: –
10Binjai
Baucher pembelian awal: RM128.00 seorang
Harga Asal: RM168.00 seorang
Hubungi: 03 – 7490 3333
Dikeluarkan oleh Perdana Kuala Lumpur City Centre
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Puan Normah Ahmad, Jabatan Jualan dan Pemasaran, Perdana Kuala Lumpur City Centre, Tel: 03-7490 3633, Fax: 03-7490 3399, email:
normah.a@attanahotels.com