Lagu dialek Kelantan berjudul Cinta Setandan Pisang dengan lirik popular ‘Bea Sobar Bea’ diumumkan sebagai pemenang kategori Lagu Etnik Kreatif di Anugerah Industri Muzik ke-24 (AIM24).
Lagu ciptaan Eddie Hamid itu dinyanyikan oleh Den Manjo dan Eda Ezrin yang baru dibebaskan dari tahanan di Thailand.
Menurut laporan Harian Metro, lagu tersebut berjaya mengalahkan lagu-lagu lain dalam kategori tersebut.
Calon-calon lain adalah lagu dendangan oleh Siti Nordiana, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Shiha Zikir dan Elica Paujin.
Artikel Berkaitan: “Datang untuk nyanyi je, tak sangka…” – Ernie Zakri Terharu Lagu ‘Masing Masing’ Rangkul Anugerah Di Indonesia
Artikel Berkaitan: “Lagu tu mengenai saya” – Ning Baizura Cerita Di Sebalik Lagu ‘Awan Yang Terpilu’
Walau bagaimanapun, Eda Ezrin difahamkan tidak hadir ke anugerah tersebut yang berlangsung di Arena of Stars, Resort World Genting di Genting Highlands.
Dalam ucapannya, penyanyi Den Manjo mengucapkan terima kasih kepada pendengar lagu tersebut atas sokongan terhadap lagu etnik berkenaan.
Wang tunai berjumlah RM50,000 dan trofi turut menjadi hadiah buat pemenang kategori tersebut.
Manakala kategori lagu terbaik pula dimenangi oleh Aina Abdul menerusi lagunya yang berjudul Jangan Mati Rasa Itu.
Siti Nurhaliza pula telah dianugerahkan Anugerah Sri Wirama di AIM 24 dan Ernie Zakri dan penyanyi dari negara jiran, Ade Govinda pula memenangi kategori Kolaborasi Artis Tempatan Bersama Artis/Komposer Luar Negara Terbaik.
Difahamkan, terdapat 30 kategori yang dipertandingan dalam Anugerah Industri Muzik 24 itu, lapor Gempak.
Sumber: Harian Metro