in

China Selar Tindakan Negara Wajibkan Ujian Covid-19 Terhadap Rakyatnya

China Covid 19

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Peningkatan mendadak kes Covid-19 di China telah menyebabkan beberapa negara membuat persiapan dengan beberapa garis panduan bagi kemasukan penduduk negara itu.

Amerika Syarikat, Kanada, Perancis dan Jepun merupakan antara negara yang mewajibkan para pengembara dari China untuk menunjukkan ujian COVID-19 dengan keputusan negatif sebelum ketibaan mereka ke negara-negara tersebut.


Keadaan itu telah membuatkan kerajaan China rasa tidak puas hati dengan menyelar keperluan untuk mengambil ujian Covid-19 yang dikuatkuasakan negara-negara terbabit terhadap penduduk dari negaranya.

Hiurich Granja K579Ui6E2Uw Unsplash

“Sebilangan negara melaksanakan sekatan kemasukan menyasarkan pelawat China. Ini di sebalik ketiadaan asas saintifik, manakala sebilangan amalan terbabit tidak boleh diterima,” kata jurucakap kementerian luar, Mao Ning

Beliau turut memberi amaran bahawa kerajaan China akan mengambil tindakan balas berdasarkan prinsip timbal balik.

China telah melonggarkan polisi dasar sifat Covid pada bulan lalu yang dilaksanakan selama beberapa tahun tanpa sebarang amaran ataupun persiapan.

Langkah penarikan semula dasar sifar Covid itu menyebabkan hospital dan pusat pembakaran mayat di negara itu tidak dapat menampung bilangan pesakit dan mayat yang terlalu banyak.

Setakat ini, China hanya merekodkan 22 kematian Covid-19 sejak Disember lalu, selepas mengubah kriteria untuk mengklasifikasikan kematian yang disebabkan oleh jangkitan tersebut.

Dalam pada itu, pakar kesihatan Malaysia menyifatkan tindakan membenarkan pelancong dari China masuk ke Malaysia dalam masa terdekat hanya merisikokan sistem kesihatan negara.

Baca: Selepas 3 Tahun Disekat, Malaysia Antara 10 Negara Bakal ‘Diserbu’ Pelancong China

Pelancong China

Sumber: Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.