in

“Challenge apa diaorg tengah buat ni” – Lelaki Berani Mati Curi Kereta Polis Dalam IPD

Polis5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang lelaki berani mati bawa lari sebuah kenderaan peronda (MPV) milik ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping. Kejadian berlaku pada pagi tadi kira-kira jam 7.28 am sebelum ditahan sekatan jalan raya (SJR) Taiping Utara, berhampiran susur masuk Tol Kamunting.


Dia ditahan pada jam 7.48 pagi selepas 20 minit ‘bergaya’ dengan kenderaan itu. Menurutnya, suspek buat tindakan gila dengan memasuki kawasan parkir IPD Taiping dengan menaiki kereta jenis Ford Fiesta dan meninggalkan kenderaannya sebelum melarikan MPV polis yang diparkir di kawasan khas.

“Selepas meninggalkan kenderaannya, suspek berusia 30 tahun yang berasal dari Selama, bertindak berani melarikan kenderaan milik polis yang di ruangan parkir MPV.”

“Tidak sampai setengah jam berbuat demikian suspek berjaya ditahan bersama kenderaan yang dilarikan di SJR Taiping Utara iaitu di susur masuk Tol Kamunting.”

Suspek kini dibawa ke IPD Taiping untuk tindakan lanjut, Lapor Harian Metro. Menurutnya, pihaknya masih lagi menjalankan siasatan secara menyeluruh berhubung tindakan suspek berbuat demikian.

Ia mendatangkan reaksi pelik netizen dengan tindakan suspek yang berani mati melakukan perkara bahaya ini.

 

Challenge apa diaorg tengah buat ni – Netizen

Polis Polis2 Polis3 Polis4

 

Kes bawa lari kereta polis ini merupakan kes kedua yang pernah terjadi. Sebelum ini ada kes suspek membawa lari kereta Honda Civic untuk menyamar diri sebagai pegawai polis.

 

Baca : “Bukan GF tapi kena culik” -; Wanita Ditahan Bersama Suspek Curi Kereta Polis Rupanya Mangsa Keadaan

Kereta

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.